June 28, 2022

Tumpang Perkenalkan Penghantaran Barangan Pukal Jarak Jauh 24/7 Termurah

Platform Tumpang

Tumpang – Platform pertama di pasaran yang menghubungkan pelanggan dan perniagaan dengan rangkaian lori pengangkut dan syarikat pengangkutan yang luas.

Penghantaran barangan pukal ke mana-mana sahaja di Semenanjung Malaysia kini menjadi lebih mudah dengan Tumpang, platform logistik tempatan serba baharu dengan rangkaian lori pengangkut dan syarikat pengangkutan yang luas.

Platform yang tersedia melalui aplikasi atau dalam talian ini menyediakan perkhidmatan penghantaran yang pantas dan boleh dipercayai dengan memuatkan ruang kargo yang kosong dengan barangan dan padankannya dengan kenderaan pengangkutan yang menghala ke destinasi penghantaran yang sama.

Tumpang membolehkan pengguna memohon perkhidmatan penghantaran berdasarkan pelbagai pilihan harga daripada pengangkut yang berbeza dengan hanya satu klik. Antara pilihan pengangkutan yang tersedia termasuklah lori, trak, van dan kenderaan 4×4.

Pengguna hanya perlu mengisi butiran mereka dan memuat naik gambar barangan yang akan dihantar dan kemudian memilih tawaran terbaik daripada penyedia pengangkutan yang berminat.

Perkhidmatan tersebut merupakan khidmat penghantaran dalam talian termurah di pasaran berbanding perkhidmatan lain sepertinya, dengan kos sehingga 70% lebih rendah pada masa ini.

Pelancaran awal aplikasi Tumpang telah dilangsungkan pada Mei 2021, dan sehingga kini, Tumpang telah menghantar lebih daripada 2100 item, dan lebih daripada 1000 rakan kongsi penghantaran telah menyertai platform setakat ini.

Tumpang juga bercadang untuk menambah bilangan rakan kongsi penghantaran bagi menyokong perkembangan mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat sambil mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan dalam dunia logistik.

Tumpang Tawar Harga Terendah

Tumpang menawarkan harga terendah untuk penghantaran merentas negeri. Sempena dengan pelancaran rasmi platform ini, Tumpang menawarkan diskaun caj penghantaran RM12 kepada semua pelanggan mereka tanpa perbelanjaan minimum.

Promosi ini akan berlangsung dari 1 Jun 2022 hingga 31 Disember 2022 dan pelanggan boleh menebusnya dengan menggunakan kod promosi ‘TUMPANGNOW’ yang hanya terpakai untuk satu penebusan saja bagi setiap pengguna.

Tumpang dijangka akan melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur tidak lama lagi dan merancang untuk berkembang ke Singapura dan Thailand menjelang akhir tahun 2023.

Selain daripada menyediakan kenderaan pengangkutan, Tumpang juga menawarkan perkhidmatan pemindahan, di mana pelanggan boleh bergantung kepada sokongan daripada pasukan pemindahan profesional Tumpang untuk mengemas, memuat, memunggah dan memastikan penghantaran anda tiba di destinasi dengan selamat.

Pelanggan yang berminat untuk tumpangkan barangan mereka dan mendapat maklumat lebih lanjut tentang tawaran lain daripada Tumpang boleh melayari https://tumpang.com.my/ atau muat turun aplikasi Tumpang Delivery di App Store dan Google Play

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *