Jordan Asia Pacific Sdn Bhd memperkenalkan rangkaian berus gigi Jordan Ultralite baharu di Malaysia, salah satu berus gigi paling ringan, berprestasi tinggi dan lestari di dunia!
Betul ke berus gigi ini paling ringan?
Ya benar, dengan berat hanya 8.7 gram untuk rangkaian berus gigi sensitif dan 9.2 gram untuk rangkaian berus gigi lembut biasa,
Jordan Ultralite adalah inovasi berus gigi terbaharu oleh Jordan. Ia direka bentuk secara khusus agar sesuai dengan gaya hidup moden, aktif rakyat Malaysia, membawakan kebersihan maksimum, dengan reka bentuk urban berinspirasikan Scandinavia, dan kelestarian kepada para pengguna.
Pemegang kedua-dua rangkaian produk ini direka bentuk dengan corak heksagon yang kompleks, membolehkan penggunaan plastik dikurangkan sebanyak 50%, dan pada masa sama masih memberikan genggaman ergonomik selesa kepada pengguna.
Ultralite diperbuat daripada 100% bahan tunggal boleh dikitar semula turut menjadikannya lebih mudah untuk dikitar semula.
Malah Jordan turut mengenakan ujian muktamad ke atas Ultralite dengan menjemput penerjun bebas terkenal di dunia, Jonas, untuk menguji berus gigi tersebut semasa membuat penerjunan di udara.
Reka Bentuk Moden, Ilhamkan Dari Alam Semula Jadi
Corak pada pemegang berus gigi ini diilhamkan daripada corak heksagon yang terdapat pada sarang lebah. Jordan mengekalkan struktur berbentuk sarang lebah ini sebagai ciri utama reka bentuk berus gigi itu, menjadikan ia lebih ringan dan mudah untuk dipegang, di samping mengekalkan keutuhannya untuk genggaman yang erat.
Reka bentuk terbuka ini membolehkan pengguna membilas sisa ubat gigi dengan mudah serta memudahkan mereka memegang dan mengendalikan berus gigi tersebut. Rangkaian berus gigi sensitif Jordan Ultralite memberikan gosokan yang lembut dengan jangkauan yang hebat.
Hujung bulu berusnya membolehkan pengguna menanggalkan plak dengan berkesan sementara kekal lembut pada gigi dan gusi mereka.
Digabungkan dengan bulu berus yang direka khusus untuk pembersihan maksimum, Jordan dapat memastikan kesihatan gigi sentiasa diutamakan sambil menjadikan Jordan Ultralite sebagai berus gigi paling ringan di dunia.
Berus gigi sensitif Jordan Ultralite yang serba baharu dijual pada harga RM9.90, boleh didapati di pasar raya utama, rangkaian kedai dan farmasi kesihatan & kecantikan.
Anda juga boleh membeli Jordan Ultralite secara dalam talian melalui kedai rasmi Jordan di dalam Shopee dan Lazada.
Pernah guna berus gigi Jordan suatu ketika dahulu. Sekarang tambah lagi dengan Water Flosser untuk membersih sisa makanan yang tidak dicapai oleh berus gigi.