June 27, 2025

SKS Airways Mula Terbang ke 3 Destinasi Pulau Popular di Malaysia

SKS Airways

SKS Airways, syarikat penerbangan komersil terbaharu Malaysia melancarkan penerbangan sulungnya dalam sebuah majlis ringkas lagi bermakna bagi menandakan pencapaian penting ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan yang melepaskan penerbangan pertama SKS Airways KI 6357 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada jam 1315 ke Pulau Pangkor.

Antara tetamu yang menaiki penerbangan sulung SKS Airways termasuk Dato' Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd. beserta dengan beberapa tetamu lain yang terdiri daripada industri berkaitan dengan penerbangan dan pelancongan.

“Penerbangan sulung ini amat bermakna kepada kami semua di SKS Airways kerana ia menandakan permulaan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan komersial yang menawarkan perkhidmatan penumpang, kargo dan charter. Menerusi hab kami yang terletak di Subang dan Senai, kami merancang untuk menghubungkan Malaysia ke destinasi di ASEAN dan selatan
China.

Sebagai sebuah syarikat penerbangan baharu, kami aktif, tangkas dan fleksibel, serta berkemampuan memanfaatkan sebarang peluang yang wujud. Kami mengambil kesempatan untuk memenuhi permintaan perjalanan terpendam (pent-up travel demand) untuk perjalanan domestic dan bersiap sedia untuk perjalanan antarabangsa apabila dibuka semula” – Dato' Rohman Ahmad, Pengarah SKS Airways Sdn.Bhd.

SKS Airways Officially Takes Off

SKS Airways menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (Island Hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pulau Pangkor mulai 26 Januari; Subang ke Pulau Redang mulai 31 Januari; ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua 2022.

Dengan pembukaan ketiga-tiga laluan ini, terdapat 12 penerbangan berjadual setiap hari dengan kapasiti harian penuh seramai 228 penumpang, SKS Airways menawarkan tambang tetap bermula dari RM160 sehala.

SKS Airways menggunakan sistem Tambang 3 Peringkat yang boleh dipilih oleh pengembara bergantung pada destinasi dan masa tempahan. Ia adalah SKS PROMO, SKS LITE dan SKS PLUS.

SKS Airways akan memulakan operasi dengan pesawat Twin Otter, yang terkenal di seluruh dunia kerana keteguhan dan kebolehpercayaan dengan keupayaan Short Take Off and Landing (STOL) yang sangat baik. Ia turut membolehkannya ia mendarat dengan selesa di landasan udara pendek.

Pesawat Twin Otter Turboprop yang boleh membawa 19 penumpang ini sangat mudah dikendalikan, serba boleh dan salah satu pesawat paling fleksibel yang pernah dibina.

SKS Airways dijangkakan dapat menarik minat individu Gen-Y dan Gen-Z yang celik IT, keluarga muda dan semua pengembara serta pencinta pulau yang tercari-cari pengalaman percutian pendek hujung minggu ke destinasi pulau popular di Malaysia!

Untuk perkembangan terkini, berita, aktiviti, promosi mahupun untuk menempah percutian pulau anda yang seterusnya dengan menaiki SKS Airways, layari www.sksairways.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *