June 27, 2025

SKIDOO Malaysia Tawar Pelbagai Perkhidmatan Penghantaran

SKIDOO Malaysia - The Newly Launched Delivery Service
SKIDOO Malaysia, perkhidmatan penghantaran yang baru dilancarkan dengan senarai harga paling kompetitif dan perkhidmatan pelanggan terbaik! Lokasi pertama: Kuala Lumpur.

Perkhidmatan penghantaran sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, dan pandemik yang melanda telah mendorong peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran yang lebih baik dan lebih cekap di negara ini.

Memperkenalkan SKIDOO, penyedia perkhidmatan penghantaran terbaru yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, semuanya dengan harga yang berpatutan yang semestinya mengutamakan kepentingan pelanggan.

SKIDOO Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Fadzil.

SKIDOO Malaysia

SKIDOO memberi penekanan hebat terhadap kualiti perkhidmatan dan penjagaan barangan pelanggan, standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi serta harga kompetitif yang ditawarkan oleh syarikat itu.

SKIDOO menawarkan perkhidmatan yang 40% lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain di negara ini, tanpa caj tersembunyi dan memastikan bahawa pelanggan mereka tidak merasa terbeban dengan kos penghantaran yang tinggi.

Pasukan SKIDOO turut menjamin perkhidmatan pelanggan yang berkualiti kepada semua pelanggan mereka. Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui nombor WhatsApp atau terus hubungi SKIDOO jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, dan pasukan SKIDOO akan memberikan penyelesaian segera.

Pada masa ini, pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran pilihan mereka yang terdiri daripada motosikal, kereta, van, trak 4X4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan.

SKIDOO berpangkalan di Kuala Lumpur, dan merancang untuk melebarkan sayapnya ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Selaras dengan sasarannya untuk berkembang, SKIDOO menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka sebagai rakan penghantar. Mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan dialu-alukan untuk mendaftar dengan SKIDOO melalui laman sesawangnya, di mana mereka akan diberikan insentif bulanan tambahan, gaji mingguan, serta pelbagai insentif dan manfaat lain.

SKIDOO Tawar Potongan 21% Caj Penghantaran

Sempena dengan pelancaran ini, SKIDOO menawarkan potongan 21% caj penghantaran kepada semua pelanggan mereka, terhad kepada 20 pengguna setiap hari.

Promosi ini akan berlangsung selama satu bulan dan para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SKIDOO, sila kunjungi laman sesawang https://www.skidoo.com.my/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *