February 7, 2025

Bandar Puncak Alam Bergelap – Terpaksa Bersahur Bertemankan Lilin

TNB Tenaga Nasional Berhad
Tak sangka Bandar Puncak Alam Bergelap awal pagi tadi disebabkan blackout. Tak pepasal kena bersahur ala candle light dinner.

Rupanya bukan area Puncak Alam je yang kena.

Ada 8 kawasan sekitar Klang, Selangor mengalami gangguan bekalan elektrik berikutan Pencawang Masuk Utama (PMU) Meru terbakar.

Kawasan terjejas adalah Bandar Puncak Alam, Taman Alam Sutera, Taman Alam Suria, Kampung Bukit Hijau, Kampung Bukit Cherakah, Bandar Hillpark, Astana Alam 2 dan Kuala Selangor.

Kejadian berlaku sekitar pukul 4.30 pagi.

Waktu itu, Bro terjaga dari tidur bila kipas sekejab On, sekejab Off sendiri. Kemudian Bro dapati, lampu jalan pun hadapi benda yang sama.

Lalu Bro keluar dari rumah, tengok rumah sekeliling. Mereka juga hadapi masalah yang sama. Terus check group whatsapp taman, rupanya satu taman tertanya apa yang terjadi.

Sebagai langkah berjaga-jaga, Bro terus tutup main suis dan ada juga yang cadangkan dalam group untuk buat benda yang sama. Risau berlaku litar pintas @ overload tertiba sehingga merosakan perkakas elektronik dalam rumah (Benda macam nie, Bro pernah kena masa dok bujang)

Kemudian dapat maklumat, ada beberapa lokasi berdekatan dengan Bandar Puncak Alam hadapi benda yang sama. Ada yang inform PMU TNB meletup, tapi xdapat nak sahihnya. Cuma yang pasti waktu itu, ianya tidak akan pulih dalam masa terdekat.

Maka terpaksa hidupkan lilin dan bersahur seperti biasa.

Apa-apa pun, terima kasih kepada Tenaga Nasional Berhad kerana menguruskan Ganset bergerak di setiap pencawang, dan elektrik kembali pulih secara berperingkat.

Larangan Azan Menggunakan Pembesar Suara?

Masjid Puncak Alam

Rupa-rupanya, blackout bukan satu-satunya musibah yang dihadapi oleh penduduk Bandar Puncak Alam.

Ada satu lagi isu yang terjadi dimana tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara di sebuah taman perumahan di Bandar Puncak Alam.

Terdapat satu aduan daripada penduduk taman perumahan itu yang memaklumkan pihak surau tidak boleh melaungkan azan menggunakan pembesar suara.

Jika didapati, kawasan Bandar Puncak Alam didiami oleh orang Melayu, Muslim & setiap kawasan perumahan memang tersedia surau masing-masing. Maka tak dapat dipastikan taman perumahan mana yang dimaksudkan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *