September 25, 2021

Kluster Pandemik Covid-19 : Jangan Hantar Anak Ke Sekolah, Jika…

Jangan Hantar Anak Sekolah
Tolong la,

Tolong la jangan hantar anak ke sekolah jika korang sendiri ada gejala atau punyai symptom atau punyai kontak rapat dengan individu positif Covid di tempat kerja.

Tak pepasal beberapa sekolah di Selangor ditutup dan mungkin ada beberapa sekolah lagi akan alami masalah yang sama.

Masalah dekat sini, bukan pasal sekolah ditutup.

Tetapi berapa ramai yang terdedah jika didapati anak anda sendiri positif covid. Tak kasihan ke dekat cikgu dan anak orang lain atas kecuaian korang?

Semalam, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling dalam kenyataannya memaklumkan 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama ( SMA ) serta tujuh Sekolah kebangsaan ( SK) termasuk Jenis Kebangsaan Cina ( SKJC) diarahkan tutup susulan berlakunya kluster pandemik Covid-19.

Berikut merupakan sekolah yang ditutup

SMK/ SMA

1. SMK Bukit Jelutong
2. SMK Bandar Sri Damansara 2
3. SMK Damansara Jaya
4. SMK Seksyen 7
5. SMK USJ 23
6. SMK Puchong
7. SMK Puchong Utama 1
8. SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara
9. SMK Bandar Bukit Jalil
10. SMK Seksyen 20
11. SMK Puchong Perdana
12. SMA Bestari Subang

SK / SKJC

1. SK Puchong Perdana
2. SK Bandar Baru Sri Damansara 2
3. SK Bukit Kuchai
4. SK Bandar Sri Damansara 3
5. SK Bukit Jelutong
6. SK USJ 20
7. SJKC Yuk Chai

Kluster Pandemik Covid-19 ini boleh terjadi bila;

  1. Ada kes di sekolah XXX, ibubapa simptom Covid-19, tapi masih hantar anak ke sekolah.
  2. Ada kes di sekolah YYY, ibubapa pergi buat swab test, selagi tak dapat result, masih hantar anak ke sekolah.
  3. Ada kes di sekolah ZZZ, ibubapa MC sebab demam, ada staf tempat kerja positif Covid-19, dah la bergejala, tapi masih hantar anak ke sekolah.

Ketiga tiga kes, akhirnya didapati ibubapa itu Positive Covid-19 selepas swab test.

Tolong la… Tolong jangan jadi ibubapa yang cuai atau tidak bertanggungjawab.

Walaupun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan 15 garis panduan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar dan guru di sekolah. Ianya tidak berguna jika ibubapa sendiri tidak memainkan peranan.

15 garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi mengelakkan penularan COVID-19

Scan Suhu

  1. Ibu bapa atau penjaga memastikan anak-anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah.
  2. Pemeriksaan suhu badan pelajar akan dilakukan oleh guru-guru dan petugas sekolah.
  3. Pelajar mencatatkan suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius atau bergejala tidak akan dibenarkan memasuki kawasan sekolah.
  4. Pelajar perlu mengikut laluan pergerakan yang ditetapkan menuju ke kelas masing-masing.
  5. Murid diminta sentiasa menjaga kebersihan diri dengan amalan mencuci tangan dengan kerap ketika dan sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
  6. Meja di dalam kelas disusun pada jarak 1 meter, kapasiti maksimum sebuah kelas tidak melebihi 20 orang pelajar.
  7. Waktu rehat secara berperingkat akan dikuatkuasakan buat semua pelajar.
  8. Makanan dan minuman di kantin akan siap dibungkus dan murid perlu beratur mengikut tanda penjarakan sosial.
  9. Murid akan makan di dalam kelas masing-masing dibawah pengawasan guru.
  10. Ibu-bapa digalakkan menyediakan makanan untuk anak mereka.
  11. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digalakkan bekerjasama dengan pihak sekolah membuat persiapan sebelum dibuka juga semasa beroperasi.
  12. Aktiviti di luar kelas seperti sukan, kokurikulum dan perhimpunan sekolah secara bersemuka tidak dibenarkan.
  13. Katil di bilik asrama akan disusun pada jarak satu meter.
  14. Susunan meja makan di dewan makan akan mengambil kira penjarakan sosial.
  15. Pembelajaran dari rumah diteruskan bagi pelajar dan guru-guru boleh gunakan kemudahan di sekolah bagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *