Baru-baru dimaklumkan berlaku kesesakan luar biasa di salah satu jalan keluar masuk Bandar Puncak Alam dari kedua-dua arah.
Menurut perkongsian dalam group facebook komuniti Bandar Puncak Alam mengatakan berlaku kemalangan di susur keluar berkenaan.
Walaupun kejadian berlaku pada lewat petang, kesannya terasa sehingga pukul 10 malam bila Puan Isteri stuck dalam kesesakan ini lebih dari 20 minit.
Jika sebelum itu,
Ada yang tersekat lebih dari 1 jam, baru dapat seberang jambatan berkenaan dimana lokasi kemalangan berlaku.
Dari info yang diperolehi mengatakan terdapat lori kontena terjatuh dalam gaung berdekatan jambatan di lokasi berkenaan sekitar pukul 3 petang. Hanya satu sahaja lorong dibuka sewaktu operasi mengalihkan lori berkenanan dijalankan..
Kalau ikutkan pengalaman Bro sendiri, dekat jambatan ini agak takut juga bila berselisih dengan lori dekat sebelahnya.
Mungkin boleh dicadangkan dibesarkan jambatan berkenaan. Lagipun ianya salah satu laluan utama untuk kami penduduk Bandar Puncak Alam keluar ke Lebuhraya LATAR mahupun ke Lebuhraya Guthrie.
Nota Kaki : Jika anda dari LATAR, better anda teruskan menghala ke Kuala Selangor dan guna jalan belakang (ikut Jalan Bukit Kuching / Parit Mahang) tembus ke Alam Suria.
By the way.
Hujung minggu ini ada Penutupan Jalan sempena Shah Alam Enduride 2018 dari pukul 7 pagi hingga 1.30 tengahari.
Please take noted
***** Iklan Bersama Bro Framestone *****
Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King
- Pek Mini RM5/5pcs
- Pek Jumbo RM27/30pcs
Free delivery dengan minimum pembelian 3 Pek Mini sekitar Bandar Tasik Puteri & Bandar Puncak Alam
Berminat? Whatsapp (Nama, Jumlah Order & Lokasi Penghantaran) ke 016 744 0274 (klik nombor untuk memulakan Whatsapp).