June 21, 2025

Pendaftaran MySalam Beri Perlindungan Kesihatan Takaful Secara PERCUMA

Pendaftaran Skim Perlindungan Masyarakat mySalam
Skim Perlindungan Masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Skim ini diwujudkan dengan kesedaran bahawa ramai keluarga menghadapi masalah kewangan apabila salah satu anggota keluarga didiagnosis dengan penyakit kritikal.

Jika pendapatan anda kurang daripada RM100,000 setahun atau kurang daripada RM8,333 sebulan, saya galakkan anda untuk mendaftar MySalam.

Ianya adalah PERCUMA.

Setelah anda diagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal, Kerajaan Persekutuan akan membayar anda RM8,000 (B40) atau RM4,000 (M40) masing-masing.

Bukan itu sahaja. Anda juga layak menuntut RM50 sehari untuk maksimum 14 hari setahun untuk kos hospital.

Syarat untuk mendaftar sekiranya anda :-

Penerima Bantuan Sara Hidup

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.

Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital university.

Penerima Bukan Bantuan Sara Hidup

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

mySalam – Senarai 45 Penyakit Kritikal

mySalam 45 Penyakit Kritikal

Penerima BSH dan Penerima Bukan BSH yang layak di bawah Skim ini juga layak untuk bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk maksimum 14 hari kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan, universiti atau tentera.

Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam.

Sebagai permulaan, Skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah Skim ini.

Apa tunggu lagi? Baca, kongsi dan mohon di http://mysalam.com.my sebelum 31 March 2020.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *