Saat bermulanya kehidupan sebagai ibu bapa merupakan sebuah pengalaman yang amat berharga namun paling mencabar; penuh dengan detik manis dan juga detik mendebarkan.
Tiada siapa yang akan menjadi sepenuhnya bersedia untuk bergelar ibu bapa.
Perkara ini yang Bro pelajari ketika hadiri majlis pelancaran ‘Partners in Parenting’ oleh Tollyjoy Corporation dengan berkerjasama PPAS (Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor) Jaya One dan OrphanCare Foundation (OrphanCare).
Untuk pengetahuan anda,
‘Partners in Parenting’, merupakan sebuah platform pendidikan yang menemukan para pakar dan ibu bapa untuk saling berkongsi sudut pandang, pengalaman dan pengetahuan sambil membina ‘rangkaian sokongan ibu bapa’; bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka.
Ia telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Puan Hannah Yeoh, Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut disaksikan oleh Puan Suzliana Abd Hamid, Timbalan Pengarah PPAS, Puan Nor Aishah Osman, Pemegang Amanah OrphanCare serta Encik Mark Tan and Puan Khor Geok Kee, Pengarah Tollyjoy Corporation.
‘Partners in Parenting’ merupakan acara utama yang seiring dengan sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2019.
Ia diraikan buat kali ke-5 pada tahun ini sejak pelancarannya pada tahun 2015 yang dedikasikan untuk meraikan kehadiran bayi serta perjalanan ibu bapa dalam menjaga si kecil.
Kisah Inspirasi dari Bapa Serba Boleh
‘Partners in Parenting’ dimulakan dengan fokus Inspiring Stories from Hands-on Dads (Kisah Inspirasi dari Bapa Serba Boleh’).
Sesi ini menampilkan selebriti influencer media sosial dan bapa sepenuh masa, Ben Ashaari serta bapa ‘berpantang’, Alan Oh yang memastikan bahawa amalan penjagaan dan berpantang yang betul sentiasa dipatuhi.
Berkongsikan pengalamannya sebagai seorang influencer media sosial dan bapa sepenuh masa, Ben berkata bahawa beliau memilih untuk keluar dari dunia pekerjaan untuk menjadi ayah sepenuh masa kerana beliau bimbang meletakkan ketiga-tiga anaknya di bawah bantuan penjagaan kanak-kanak.
Keputusan beliau itu membawa perubahan yang amat penting memandangkan isteri beliau kini telah dapat kembali berkerja sepenuh masa.
“Diri saya ini merupakan bukti bahawa ia tidak mustahil untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk memberikan kesan positif terhadap masa hadapan anak-anak kita.
Selain itu, sebagai seorang bapa, ia amat penting untuk menyokong bukan sahaja si anak, malah pasangan anda juga. Saya betul-betul percaya bahawa si bapa penyayang ialah asas yang penting untuk menjamin kukuhnya sebuah keluarga,”
Buat Alan Oh pula, beliau memainkan peranan yang sedikit unik berbanding para bapa di luar sana.
Komited selaku seorang bapa ‘berpantang’, beliau mempelajari amalan berpantang dan menjaga si isteri sehingga kembali sihat, justeru membolehkan isteri beliau fokus sepenuhnya untuk menjaga anak mereka yang baru lahir.
“Menyambut bayi yang baru lahir ialah waktu yang paling susah untuk ibu bapa, terutamanya buat mereka yang masih baharu di alam keibubapaan.
Walaubagaimanapun, ia ialah masa yang paling berharga sekiranya si ibu dan bayi diberikan ruang secukupnya. Ini masa yang bagus untuk mencipta kenangan indah antara ibu dan anak, seterusnya merapatkan lagi ikatan antara ibu dan bapa dan bayi baru lahir,”
Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan.
Untuk maklumat lanjut tentang sesi ‘Partners in Parenting’, anda boleh ikuti Facebook Tollyjoy Malaysia http://on.fb.me/ZflMUn atau Instagram @tollyjoymalaysia.
Waa hebat bapa-bapa contoh sekarang.. Bro juga tidak terkecuali, bukan senang nak uruskan anak sendiri tanpa pembantu, sedangkan Ibu yang sememangnya surirumah tangga pun mengeluh dan letih apatah lagi bapa yang tak tau semua kerja sepatutnya tapi uruskan rumahtangga…memang tabik spring!
Ala baru anak sendiri.. belum lagi uruskan anak dara orang hahahaha
waaaaa mmg hebat2 bukan semua org blh buat perkara yg sama. bagus perkongsian ni. Brand tallyjoy pn harga memurah.
Tah knp mmg tak salah la knp nadya tag bro dalam entry.. Hihi.. Jgn marah..
https://miss-nadya.blogspot.com/2019/10/santai-miss-nadya-kenapa-aku-seorang.html