
YouTube, laman video no. 1 dunia, hari ini mengalami masalah untuk diakses oleh pengguna dari seluruh dunia.
Perkara ini disedari oleh anak Bro dahulu, bila dapati YouTube pada telefon pintar dia tidak dapat diakses.
Begitu juga melalui telefon pintar Bro yang lain.
Waktu itu, ingatkan akaun Unifi dah kena suspend sebab terlewat bayar ke apa. Tak pasal-pasal terus buat pembayaran sambil meratapi angka baki yang tertera pada akaun bank.
Selepas buat pembayaran,
Baru tahu, rupanya isu ini dihadapi oleh seluruh dunia apabila laman berkenaan menghadapi masalah untuk diakses oleh pengguna seluruh dunia.
Di sini Bro kongsikan kenyataan yang dikongsikan oleh pihak Youtube di laman Twitter :
Thanks for your reports about YouTube, YouTube TV and YouTube Music access issues. We’re working on resolving this and will let you know once fixed. We apologize for any inconvenience this may cause and will keep you updated. – Team Youtube.
Ok, sekarang YouTube dah kembali pulih.
Jom sambung layan YouTube sambil subscribe akaun YouTube Bro Framestone.
haaa nampak juga ramai up status tadi
Tue la, ramai juga kaki layan Youtube time kerja ek hahaha… Menyesal tak perasan status dorang sebelum bayar bil unifi tadi hahaha
Hahaha bising seantero dunia fb sekejab masa tu. Kita tak perasan pun, sebab layan utube bila nak tidur je :P
Kan… Itu baru dekat fb (tpi kita xlayan fb pula waktu tue), dekat twitter (pun kita xlayan juga time tue) lagi la….