Awas! Berhati-hati dengan wang palsu RM100 yang mungkin anda terima atau miliki.
Seorang pemilik kedai kasut di Taman Seremban Jaya, kecewa apabila mendapati not RM100 yang diterimanya daripada seorang pelanggan merupakan wang palsu.
Madam Loh, 42, berkata, wang berkenaan diterima Jumaat lalu, dan hanya disedari oleh anaknya ketika mengira hasil jualan pada hari sama, sebaik saja kedainya ditutup.
Ketika anaknya sedang mengira wang, tiba-tiba dia memanggilnya dan memberitahu terdapat sekeping RM100 yang kertas dan warnanya mencurigakan.
Wang tersebut diterima daripada seorang pelanggan lelaki yang sebelum itu membeli sepasang kasut di kedainya.
Menurutnya, lelaki itu keluar selepas membuat pembayaran, namun berpatah balik untuk membuat tukaran sekeping wang RM100.
Bicara Bro : Kadangkala bila keluarkan duit dekat ATM. Keluar not RM100 fikir dua tiga kali dan berharap ianya bukan duit palsu. Bro pernah dapat duit not Rm50 yang lain warnanya berbanding duit lain (dari ATM). Duit itu Bro dah gunakan sewaktu membeli makanan (zaman student dulu).
Patutlah sekarang, kalau Bro pergi makan dan hulur not RM100 sure cashier buat muka semacam. Bro anggapkan je dia xde duit kecil.
Kadang2 duit 50 pun kedai susah nak percaya sekarang.
boleh bezasebenarnya duit palsu dengan tak palsu nih kalau perhati betul-betul.
Kalau diperhatikan betul-betul la kan… Bila masa kita nak perhatikan jika perhatian dan minda ke tempat lain he..23x
Memang ada kes dilaporkan. Selalu pengusaha stesen minyak terkena.
yang palsu tak pernah dapat.. kalau koyak tu selalulah..
x pernah experience lagi…harap2 dan mmg berharap x nak la alami kes2 wang palsu ni
walaupun dah dikatakan semakin canggih wang kertas dibuat..masih ad alagi isu duit palsu ni kan
Baru dapat duit palsu minggu lepas sebelum terbang ke china, masa makan di klia2, nak buat macam mana ya dengan duit nie?