November 11, 2024

Blogger Yuyu Zulaikha Bakal Bergelar Ibu

Blogger Yuyu Zulaikha
Tahniah Bro ucapkan kepada rakan blogger Yuyu Zulaikha kerana sudah bergelar isteri kepada jejaki pilihan hatinya. Maafkan Bro sebab tidak dapat hadirkan diri pada majlis perkahwinan tempoh hari.

Baru tadi dapat berjumpa dengan beliau secara tidak sengaja. Memang rezeki dapat berjumpa beliau setelah lama tak berjumpa.

Dapat juga berbual sebentar bersama dia dan suami.

Dia cakap Bro nampak kurus, dan pipi dah tak tembam. Maybe sebab bro kurang tidur (jaga Fisha) atau sedang mengenakan tshirt berwarna hitam.

Beberapa hari sudah, ada rakan blogger yang bertanya kepada bro, “betul ke Yuyu mengandung?” sebab dia dengar ada rakan-rakan lain yang bercerita tentang ini. Terdapat juga gambar yang dikongsikan oleh Yuyu di laman sosial menyebabkan follower beliau tertanya-tanya.

Maka, bro cuba mendapatkan reaksi beliau mengenai isu ini. (ada gaya macam Nas Ahmad x?)

“Alhamdulillah, sudah masuk * bulan” <- nampak tak permainan Bro disitu. Rasanya Yuyu sendiri, belum bersedia untuk dedahkan. Begitu juga dengan Bro tempoh hari. Eh bukan bro yang mengandung tempoh hari. Tapi wife Bro. Kami sendiri juga mengambil langkah untuk tidak mendedahkan pada awal tempoh mengandung. Apa-apa pun moga yang terbaik buat pasangan ini dan juga zuriat mereka.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

23 thoughts on “Blogger Yuyu Zulaikha Bakal Bergelar Ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *