Neffos akan memperkenalkan peranti terbaru mereka Neffos C7 di Malaysia pada awal Februari 2018 pada harga RM599.
Ia direka buat golongan pengemar selfie dengan menawarkan kamera selfie yang terbaik berbanding model mereka sebelum ini.
Dilengkapi skrin 5.5? IPS LCD HD, dijana pemproses MediaTek MT6750, memori sebesar 2GB RAM, kamera utama sebesar 13-Megapixel dan kamera hadapan sebesar 8-Megapixel.
Bukan itu sahaja, C7 juga turut didatangkan dengan fungsi nyahkunci menggunakan pengimbas cap jari pada kepantasan 0.2 saat, sama seperti model Neffos X1 Series terdahulu.
Neffos C7 akan dijual bermula pada 5 Februari ini di Lazada, Bagi 50 pelanggan pertama yang melakukan pembelian menerusi Lazada, layak menerima barangan premium bernilai RM 149.
Dalam masa yang sama, Neffos turut akan memperkenalkan peranti Neffos C5A.
Sumber : The Perfect Selfie Companion Neffos C7, Is Coming to Malaysia!
berbaloi2 sangat
neffos ni dah mcm oppo, ada je product baru