Jom menang wang tunai RM20,000 setiap hari, dengan menyertai ‘Teka Tekan’ – rancangan permainan interaktif secara langsung di unifi TV (Dulu dikenali sebagai HyppTV).
Ia merupakan rancangan permainan yang pertama seumpama ini di Malaysia yang menawarkan wang tunai setiap hari.
Rancangan Teka Tekan ini akan bersiaran di HyppSensasi HD (Saluran 116) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.30 malam, bermula 15 Januari 2018.
Ia juga boleh ditonton pada aplikasi unifi playTV app (Dulu dikenali sebagai HyppTV Everywhere).
“Kami sangat teruja menjadi yang pertama menghasilkan rancangan permainan interaktif LIVE di Malaysia, secara eksklusif di unifi TV!
Dengan penjenamaan semula HyppTV kepada unifi TV, sejajar dengan pelaksanaan strategi jenama tunggal unifi, kami terus berusaha untuk menyampaikan inovasi dalam setiap aspek penawaran kami.” – Jeremy Kung, Executive Vice President, New Media, unifi
Hadiah wang tunai harian berjumlah RM20,000 untuk dimenangi. Sekiranya tiada pemenang, wang hadiah tersebut akan dibawa kepada hari seterusnya. Ini bermakna, anda berpeluang untuk memenangi RM100,000 setiap minggu!
Kini malam anda tidak akan sama sekali lagi, anda sekeluarga boleh berhibur dengan mengambil bahagian dalam rancangan permainan interaktif yang menyeronokkan ini untuk berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai, hanya dari rumah anda sendiri.
Rancangan Permainan ‘Teka Tekan’ ini terbuka kepada semua pelangan unifi TV dimana anda boleh jadi pemenang dengan menontonnya.
Dapatkan alat kawalan unifi TV dan jawab 5 soalan yang diajukan sepanjang rancangan ini berlangsung.
Untuk menjawab, anda perlu menekan butang ‘#’ pada alat kawalan diikuti dengan butang warna yang mewakili jawapan kepada soalan tersebut.
Yup, kesemua warna yang mewakili jawapan ada pada alatan kawalan anda, kecuali jika warnanya pudar.
Maka anda perlu dapatkan alat kawalan unifi TV yang baru (Alat kawalan HyppTV masih boleh digunakan).
Untuk memeriahkan lagi rancangan permainan ini, 4 selebriti tempatan yakni Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuan dilantik sebagai pengacara bergandingan dengan artis jemputan
Rancangan Permainan Interaktif ‘Teka Tekan’ ini ditaja oleh Huawei, dan untuk maklumar lanjut, anda boleh layari tekatekan.unifi.com.my.
Nota Kaki : Sempena siaran sulung rancangan Teka Tekan ini, HyppSensasi HD (Saluran 116) turut menawarkan tontonan PERCUMA bagi membolehkan penonton mengambil bahagian dalam rancangan permainan ini.
Dalam masa yang sama menikmati rancangan tempatan yang menarik secara eksklusif di HyppSensasi HD.
dah bg free pun, Sally takde jugak unifi TV..nak nanges weh tak dapat join..hahaha
Memang nak kena ada akaun unifi ke baru blh join? emi takd akaun unifi pun huhu.
O.. yang ni untuk yang ada amik HYPPTV tu je la ye masa daftar UNifi tu? Tb ada amik hari tu tapi dan cancel.. cuma pakai Unifi lien internet je.. boleh join gak ke
Wah menarik yer, tak tahu pun contest ni, nak join la
Dah guna njoi, tak guna dah unifi . Bestnya pertandingan dia. Rugi tak dapat join.
Sayangnya di Sabah untuk mendapat kemudahan yang melibatkan unifi adalah amat terhad lokasinya.
Unifi tak ada nak join.. Hehe just support rakan2 je la siapa yg join semoga btuah
Best nya unifi skrg pki maxis fiber mcm nk tukar la pulak
Unifi tak ada.. So tak boleh la nak tgk n sertai hehe
Nanti nak cuba, seronok tau masuk contest ni. Kalah menang belakang cerita. janji usaha sebaiknya. hehehe
Best tu boleh menang wang tunai rm20k sehari. Org yg ada unifi tv ni wajib join permainan ni. Rugi woo kalau xjoin. Cara dia pun mudah. Haishh bila lah unifi nak ada slot dkt rumah ana ni. Lama tggu.
Menarik tetapi takkan semata-mata nak tukar unify pula. Semoga yang ada unify chayokkk
Wah.. menang banyak-banyak lah… buka unifi tv sekarang…
best nya!! ini kalau menang ni lumayan ni fuuh~~. sapa – sapa yang ada unifiTv boleh join ni
semua hadiah best. tapi takde unifi.. hmm
Wah, menarik! Siapa yang ada Unifi tv tu jangan lepaskan peluang ni tapi ciktie xda
Wow.. bertuah badan sangat ni kalau betul2 dapat menang duit banyak tu. Boleh la sedekah sikit. ?
Alaaa kita x dak unifi lah..eshh eshh rugi rugi ni x dapat join
Yeay! Rawlins boleh try pasni sebab memang guna unifi. Doakan kemenangan ye
siapa menang meh share2 beli cendol durian..
Tak sangka dah maju zaman sekarang siap ada game interaktif kt rumah macam ni. Siap ada hadiah lagi tu.
untungla. tengok TV pun boleh menang $$$
Banyak perkara boleh buat dengan RM20,000 tu, simpan dalam unit amanah misalnya.
Wah didnt know got such contest… i pun ada unifi juga
Best tu boleh menang wang tunai rm20k sehari.
Regards,
Nasi Kotak
Bestnya..tpi rumah kita takda unifi..huuu sedih gila oii
kat rumah baru jer pasang unifi tv nih.. dah boleh join dah.. haha