November 8, 2024

Kepentingan Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady PureFarmTahukah anda, bahawa sarapan pagi itu penting untuk memastikan permulaan hari anda lebih segar dan bertenaga.

Ianya membantu badan anda untuk kembali beroperasi selepas berehat sepanjang malam bagi menempuh cabaran dan halangan sepanjang hari anda.

Bagi kita, yakni rakyat Malaysia.

Lebih menyukai teh dan kopi sebagai minuman sewaktu bersarapan. Bagi yang agak western sedikit, mereka memilih minum berjus.

Bagaimanapun, kajian telah menunjukkan bahawa susu merupakan penawar yang badan kita perlukan ketika bersarapan pagi.

Oleh itu, Dutch Lady Malaysia ingin menggalakkan para keluarga di Malaysia untuk mengambil susu pada permulaan hari, yakni sebelum pergi berkerja atau ke sekolah.

Hanya dua hidangan sehari, dapat membantu memenuhi keperluan nutrisi sesebuah keluarga. Dengan menikmati satu hidangan sewaktu bersarapan, dapat membantu badan menerima 200mg kalsium.

Apa alasan anda untuk tidak menikmati susu ketika bersarapan?

Disini, Bro kongsikan beberapa hidangan ketika bersarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm.

Sarapan Dutch Lady

Sarapan Dutch Lady

Sarapan Dutch Lady

Tak kisah berat atau ringan hidangan sewaktu bersarapan, pastikan anda mendapat kalsium yang mencukupi untuk memulakan hari.

Oleh itu, sarapan Bro sekeluarga setiap hari, mesti ditemani susu Dutch Lady PureFarm.

Kenapa Perlu Menikmati Susu Ketika Bersarapan Pagi

Susu, salah satu sumber kalsium utama, membantu kanak-kanak untuk membesar dengan tulang dan gigi yang kuat.

Ia juga adalah kunci kepada jawapan untuk memiliki tulang yang sihat bagi orang dewasa, terutama ketika berada pada usia senja.

Oleh itu, sarapan yang seimbang digandingkan dengan susu merupakan tulang belakang kepada sesebuah keluarga menyokong fizikal dan emosi yang kuat untuk menempuh cabaran seharian.
Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady PureFarm
Dutch Lady PureFarm – susu No. 1 Malaysia merupakan susu yang sesuai untuk anda nikmati ketika bersarapan.

Ia juga kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh badan kita dan ianya tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan kita.

Antaranya adalah protein, yang memainkan salah satu peranan utama dalam pertumbuhan dan pembangunan, seperti pembinaan tulang, otot, dan tisu.

Vitamin A pula adalah penting untuk fungsi mata yang sihat, Vitamin B2 menyokong fungsi-fungsi selular yang mengubah makanan kepada tenaga, dan Vitamin D3 penyerapan bantuan kalsium dan fosforus.
Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady PureFarm
Jangan lupa, untuk menekankan betapa pentingnya sarapan pagi kepada keluarga anda. Terapkan amalan menikmati susu ketika bersarapan pagi dengan Dutch Lady PureFarm.

Anda kini boleh dapati Susu Dutch Lady PureFarm di semua kedai-kedai utama di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana anda boleh menggabungkan susu Dutch Lady PureFarm dalam sarapan anda, anda boleh layari laman Facebook Dutch Lady.

Susu Dutch Lady PureFarm Pilihan Aaron Aziz Sekeluarga

Susu Dutch Lady PureFarm Pilihan Aaron Aziz Sekeluarga

Waktu sarapan bersama keluarga merupakan kemuncak hari untuk Aaron Aziz, yang merupakan duta susu Dutch Lady PureFarm.

Seperti kata pepatah, sebuah keluarga yang makan bersama-sama, kekal bersama-sama.

Menurut beliau,

Menikmati susu yang kaya dengan kalsium sewaktu bersarapan pagi bukan sahaja menguatkan keluarga beliau dari segi fizikal, ia juga memberikan mereka masa untuk bercakap antara satu sama lain dan berkongsi perasaan cinta sesama keluarga sebelum memulakan hari kita.

Beliau cuba yang terbaik untuk keluarganya, dengan menyajikan sarapan yang sihat dan mengandungi nutrien yang baik.

Semestinya susu sentiasa tersedia ketika bersarapan. Itulah sebabnya beliau sekeluarga hanya mempercayai susu No. 1 Malaysia, Dutch Lady PureFarm.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Kepentingan Sarapan Pagi Bersama Susu Dutch Lady PureFarm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *