Mungkin ramai sedia maklum mengenai telefon pintar terbaru yang sedang hangat diperkatakan yakni honor 8 yang kini telah berada di pasaran Malaysia.
Anda boleh dapatkannya pada harga serendah RM1,699.
Sempena My Cybersale yang bakal berlangsung dari 26 – 30 Sept 2016 ini, Anda boleh Beli honor 8 di Lazada dan layak mendapat free gift esklusif dari pihak honor.
- Honor 8 32GB (Black or White) – RM1,699 : FREE Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM326)
- Honor 8 64GB (Gold or Blue) – RM1,899 : FREE Honor Power Bank +Honor Hybrid Earphone AM175 + Tempered Glass (Harga keseluruhan bernilai RM575)
Berbaloi bukan?
Perkara pertama yang pasti korang tanya, pastinya mengenai kualiti kameranya.
Honor 8 menggunakan dwi lensa 12MP untuk mendapatkan lebih cahaya bagi menghasilkan gambar berwarna yang lebih memukau.
Kedua-dua lensa ini hadir dengan rekaan dalaman ISP, ianya akan mengukur lebih dalam bagi mendapatkan ketepatan dan memastikan tetapan fokus lebih pantas bagi tangkapan lebih mendalam (depth-of-field).
Menjadikan ianya peranti termurah (buat masa ini) yang menggunakan ciri-ciri dwi lensa yang menjadi trend terkini di pertengahan 2016 selepas Huawei P9, LG G5 dan iPhone 7.
Soalan yang kedua yang menjadi tanda tanya, adalah mengenai kamera hadapannya.
Dengan dwi lensa pada kamera hadapannya, honor 8 mampu menghasilkan mutu gambar 8MP yang berkualiti sesuai untuk ‘kaki selfie’ seperti Bro.
Ianya mampu membantu anda mendapatkan selfie terbaik walaupun anda mengambil gambar ketika berada dalam keadaan cahaya yang malap.
Juga menjadi trend peranti ketika ini dengan memperkenalkan fungsi pengimbas cap jari (fingerprint) bagi meningkatkan tahap keselamatan kepada pengguna.
honor 8 juga tidak ketinggalan (begitu juga dengan model honor terdahulu) yang hadir dengan pengimbas cap jari yang telah dipertingkatan, membolehkan algoritma cap jari anda dikumpul secara 3D.
Ini membolehkan anda unlock telefon pintar dalam tempoh 0.4 saat, tidak kira bagaimana kedudukan jari anda disentuhkan pada pengimbas cap jari yang terletak pada bahagian belakangnya.
Terdapat juga fungsi menarik pada pengimbas ini, dimana ia boleh ditekan bagi melakukan pelbagai fungsi tambahan mengikut tetapan anda.
Faktor lain yang boleh anda pertimbangkan adalah keunikan rekaan luarannya.
Honor 8 menampilkan rekabentuk ‘versatile’ yang berkilau diselaputi kaca depan dan belakang, memenuhi kehendak ‘trendy’ digital masa kini dikalangan remja.
Pantulan cahaya yang dihasilkan pada 2.5D glass dan logam pada belakangnya menghasilkan corak yang mampu memukau pandangan mata anda. Menjadikan ianya lebih elegant dan esklusif berbanding peranti yang lebih kurang sama harganya.
Honor menekankan kepada rekaan astetik berasaskan kepada Aurora yang menawarkan pantulan cahaya berbeza mengikut pandangan dari sudut berbeza.
Buat masa ini, honor 8 hadir dengan 4 variasi warna, yakni ‘Pearl White’ dan ‘Midnight Black’ bagi versi 32GB. Manakala bagi warna premium, ‘Sapphire Blue’ dan ‘Sunrise Gold’ bagi versi 64GB.
Sebelum ini, Bro pernah menyatakan bahawa honor lebih dikenali sebagai “jenama mampu milik”. Bro agak terkejut bila diumumkan harganya untuk pasaran Malaysia.
an
Ianya jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan harga yang mereka tawarkan pada honor 7 & 7 Enhanced ketika dilancarkan di Malaysia.
Iklan : Harga honor 7 & 7 Enhanced telah dikurangkan.
Bro akui bahawa honor 8 merupakan peranti tercantik dan menarik untuk dimiliki atau dijadikan hadiah istimewa buat seseorang.
Jangan lepaskan peluang untuk memiliki honor 8 Sekarang!!!
ramai yg review honor 8 ni..
pastinya mnarik smarfon ni..
Rekabentuk memang menarik ditambah lagi dgn specs yg tinggi…