Cartoon Network mendedahkan bahawa terdapat ahli ke-4 dalam Powerpuff Girl dan ini mengemparkan satu dunia terumanya kepada peminat setia powerpuff girl.
Mana idaknya, semua ingat hanya ada 3 Powerpuff Girl yang dihasilkan oleh Professor Utonium secara tidak sengaja (sepeti yang dinyatakan pada setiap permulaan cerita kartun ini).
Sejak 20 tahun kartun Powerpuff Girl disiarkan, ia merupakan salah satu kartun fav Bro dari kecil hingga sekarang.
Siap pernah nampak ada seorang akak senior agak fanatik dengan salah satu watak sampaikan warna kegemarannya, potongan rambutnya agak menyerupai salah satu watak Powerpuff Girl.
Blossom, Bubbles, dan Buttercup merupakan Powerpuff Girl yang dihasilkan oleh Professor Utonium dimana mereka bertiga hidup untuk melawan penjenayah dan kejahatan yang mengancam bandar Townsville.
Rupanya sebelum Professor Utonium menghasilkan mereka bertiga, beliau pernah menghasilkan seorang lagi Powerpuff Girl bernama Bliss.
Bliss Ahli Powerpuff Girl Ke-4 Didedahkan
Tidak dapat dipastikan kenapa dia menghilangkan diri.
Kini beliau kembali ke bandar Townsville dan mengetahui bahawa dia mempunyai 3 orang adik yang mempunyai superpower sepertinya.
Selaku kakak sulung, beliau bergandingan bersama Blossom, Bubbles, dan Buttercup menjadikan Powerpuff Girl mempunyai 4 orang ahli dimana mereka akan berkerjasama menyelamatkan dunia.
Bliss akan membuat penampilan di Cartoon Network (Astro Channel 616) dalam 5 rancangan istimewa, The Powerpuff Girls: Power of Four sepanjang minggu hadapan.
Bagi tayangan perdana bagi 3 episod pertama akan disiarkan pada hari Sabtu, 23 September 2017 pada pukul 11.30 pagi, diikuti 2 episod terakhir pada hari Ahad, 24 September 2017 pada waktu yang sama.
Powerpuff Girl disiarkan di Cartoon Network yang ditayangkan di Astro Channel 616. Untuk maklumat lanjut mengenai Cartoon Network, anda boleh layari CartoonNetworkAsia.com dan Facebook Cartoon Network Asia.
hamboi bro, powerpuff girls tauuuu!!! :)
Welll… Nampak je bro nie macam ganas / garang tapi dalam hati… hahhahaha
Powerpuff girl siri kartun fav anak buah SA si kembar..weekend mmg x de chance tgok citer lain..mmg diorang pasang cartoon network je..stress mak..
Selamat anak xminat layan cartoon network, tapi dia layan disney junior.. hari2 dorang take over tv tue
Wah. Dah ada ahli baru dah. Suka tengok lagak comel dan ganas diorang tapi lama gila tak tengok. Haha.
Acah2 dewasa
Bro pun dah lama juga tak tengok. tapi sejak ada dekat Astro Ceria, terus tertengok
Dulu masa kita belajar suka sangat tengok powe puff girl ni tak ada nak di filemkan ker cite ni hehehehe go girl power…
Belajar mana dulu ek sampai ada masa layan powerpuff girl? Filemkan? Nanti la kot… lek lu….
dulu suka sangat powerpuff girls tapi sekarang I prefer tv series macam walking dead. haha
My daughter favourite cartoon. Can’t wait for their release soon.
SA minat citer ni.. kiut jer tengok..dengan mata yg besar mcm tu
Whatt? Ada sorang lagi? Bella mmg suka tengok kartun dan anime. Walaupun dah tua bangka. Hehe
mak2 ni kalau tak tau pasal cite kartoon tak taulah….haha hari2 ngadap kartoon
powerpuff girl ni teringat memori masa zaman-zaman powerpuff girl tengak trending.. ni dah datang balik dah ni demam powerpuff girl..hahahaaaa
my kids like powerpuff girls. Yeah even my like to watch lol.
kartun zaman sekolah dulu ni. sekarang dah ada empat pulak. looking forward for this hehe
Heee..kita suka gila buttercup kot..
Rambut mmg da sama…
Tak sangka ada kakak pulak..
Hahaha
Ini adalah percobaan. Testing.. Test.. Test.. Haha anak2 akak bertiga memang pebret power puff girls masa dorang kecik2. Siap ada pepatung PPG sorang satu
ini kartun masih ya? kalau tak salah ini dulu dibuat dengan program macroomedia flash