Seorang pegawai bank gagal menyaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas dakwaan gagal melunaskan pinjaman pengajiannya.
Dibawah perjanjian pinjaman pelajaran bertarikh 9 November 2006, PTPTN telah bersetuju meminjamkan RM48,000 kepadanya.
Dia menuntut RM19,000 sebagai ganti rugi khas bagi tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Dia mendakwa telah ditahan pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang pada 6 Julai tahun lepas ketika mahu berlepas untuk bercuti di Guangzhao, China.
Nak pinjam senang,
Nak bayar balik punyalah liat.
Bro akui, bro juga liat mahu membayar pinjaman. Susah muda-muda ini dah banyak hutang pinjaman perlu dilunaskan.
Tapi bro tak liat untuk hubungi pihak PTPTN dan usha website imigresen untuk menyemak sama ada nama bro tersenarai dalam senarai mereka yang diblacklist.
Kalau tidak,
Memang susah nak buat travel blog.
Bicara Bro : Bro kenkadang hanya mampu banyak RM 50 sebulan, kenkadang tak bayar langsung.
If ada rezeki lebih, bro hulur dalam RM100 – 500 sekali bayar. Tapi macam tak terasa je pinjaman itu makin berkurangan he…23x
Hope rezeki bro dalam dunia blogging akan bertambah :)
hehe.. biasalah tu bro ,bukan ko seorang je, hutang ni sampai bila2 pon x akan habis
Jom sama-sama kita melunaskan hutang.
Dan bangkang benda yang buat rakyat kita berhutang pada usia yang muda.
Sebab itu la banyak ah long boleh cari makan :)
kan .. kena la rajin berhubung dgn PTPTN .. bukan senang nk kene b/list .
Bro memang selalu,
Parah kalau kena blacklist nie
Berapa tahun nak langsaikan hutang ptptn tu bro..
Entah la.. nak juga usha sekali deduct tue dalam seriban dua.. nampak gak la pengurangannya.
nie tiap2 bulan dok masuk tax je nie
Belajar tinggi-tinggi tapi tak mau guna akal. Bila dag sign agreement kita setuju dengan segala term kena fahamlah. Kenalah ikut segala term yang ada.
Tak dapat banyak bayar sikit2. Bukankah hutang itu wajib dibayar kalau tak kita akan disoal diakhirat kelak.
Sebelum berlajar, akal tak pandai lagi.
main sign je…
sikit2 bayar lama2 kurang lah tu..
Tue la…
Nie ramai yang tak bayar lagi nie
Betul gak bro, tp bayar sikit2 ni kadang2 x berkesan / kekurangan dia susah nampak.
Thats y i bayar 1000 one shot!! Ada duit bayar terus… abiskan hutang dulu..banyak lagi harta nak beli…
Nak buat macam mana. Rezeki seorang blogger bukan selalunya kencang T-T
betul tu bro, bayar sikit-sikit lama hutang akan berkurangan…samalah cara bayaran hutang dgn bro ini.kalau ada lebih kita bayar lebih..dan ada juga tak terbayar…hehehe…muga bro dilimpahi rezeki…dan doakan sekali untuk saya dimurahi rezeki juga…
Thank ema :)
Bro bergantung pada keadaan, ada lebih maka lebih la bro bayar.
Jika tidak…
Mana yang termampu sahaja
Yang penting ada inisiatif untuk membuat pembayaran balik daripada buat-buat diam.
Sebab itu bro sikit2 buat pembayaran.
Risau :)
kena bertanggungjawab..
pandai hutang.. kena pandai bayar
Tapi ramai yang pandai hutang, tapi tak pandai nak bayar
hahaha.. teringat balik pinjaman mara yang tak berbayar2 lagi ni..hadoi..
Berapa banyak mu tak bayar nie beb
adalah rm8k lagi..adoi
Amin…
dah pinjam. kena bayar..wajib..
bayar sikit2…jgn tak bayar langsung..lagi tak nampak pengurangannya kan bro…heeee~
semoga bro dimurahkan rezeki..:)
semoga bro berjaya habiskan bayar..
abang tyka dah habis bayar. lega dia.. ikut time, takde tambah pape.. he he
Member bro dalam masa setahun dah settle bayar.
Tapi dia mantap la.. sekali bayar beribu sebulan
kalo kaya dan gaji mantap tak ape la kan bro…
tak apa.. bayar slow slow.. janji bayar ye..