Berita baik buat kaki DOTA 2 di Malaysia, apabila Celcom mengumumkan penganjuran DOTA 2 Tournament – The Major League Championed by Celcom yang menawarkan wang tunai berjumlah RM300,000.
Kejohanan ini merupakan kerjasama diantara Livescape Group bersama Beatnation, dan disokong oleh Iskandar Investment Berhad.
Pusingan kelayakan akan diadakan bagi memilih pasukan tempatan yang bakal berentap dengan tujuh pasukan antarabangsa bagi memenangi RM 300,000.
Pusingan kelayakan akan diadakan di beberapa kafe siber di Apple Dream net, Orange E-Sport, Blitzone, Digital Fortress, dan The Panteon. Manakala pertandingan terakhir bakal diadakan di Academy Of Esports di Afiniti Medini, Iskandar Puteri, Johor.
The Major League, Championed by Celcom akan berlangsung dari 20 Oktober hingga 22 Oktober 2017.
Buat masa kini, beberapa pasukan telah antarabangsa telah mengumumkan penyertaan mereka. Antaranya Ehome (China), Evos (Indonesia), Clutch (Filipina) dan MVP Revolution (Kyrgyzstan); mana kala 3 pasukan yang lain bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kejohanan ini akan menjadi pertempuran epik pada platform permainan DOTA 2. Ia bertujuan mencari rakyat Malaysia yang berbakat untuk menyertai barisan pemain global.
Tiket The Major League, Championed by Celcom kini boleh ditempah melalui laman rasmi – www.themajorleague.asia.
Iklan : Bagi pelanggan Celcom pula, anda bakal mendapat diskaun 20% untuk pembelian tiket.
Latihan Bootcamp DOTA 2 di Academy of Esports, Iskandar Puteri
Academy of Esports (AOES), Iskandar Puteri merupakan institusi pendidikan bagi Esport yang pertama di Malaysia bertujuan memartabatkan Esports pada satu tahap lebih tinggi.
Kini ia dibuka secara rasminya untuk pendaftaran daripada pemain yang berminat dan peminat permainan.
Ia menawarkan sijil pengajian dari Iskandar Investment Berhad (IIB) – Peneraju utama dalam transformasi Iskandar Malaysia menjadi metropolis serantau bertaraf antarabangsa.
Akademi ini bakal menganjurkan Latihan Bootcamp DOTA 2 secara PERCUMA dari 9 – 23 Oktober 2017.
Melalui latihan Bootcamp ini, pelajar akademi akan menimba pengalaman dan mempelajari rutin latihan bagi pemain DOTA 2 profesional menerusi pembangunan pemikiran, inspirasi, nasihat dan alat pemenang; Unsur penting yang akan meningkatkan peluang mereka memenangi kejohanan seterusnya.
Kelas akan diadakan dari hari Isnin hingga Sabtu petang, merangkumi program seperti Ujian Kepribadian, Scrims / Skirmishes, Analisa Pasca-Permainan & Replays, MMR / PUB dan Kejohanan; Ianya akan dipantau oleh jurulatih yang bereputasi, seperti Wilson “ShenGG” Quak, Muhammad “Groov” Yusuf dan Kieran “ZergRush” Lam, bersama pakar dalam industri ini.
Pendaftaran di Academy of Esports kini dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan juga pelajar antarabangsa.
Bagusnya ada akademi macam ni. teringin sangat main dota 2 ni. first time tengok final esl one kat genting bulan 1. best sangat.
Fuyooo dasyat nya siap ada akedemi oiii…dulu2 selalu marah kat team mate sebab dia selalu main dota sampai tak tdoq n byk part project side dia tergendala..kalau tau dulu2 gamers boleh sampai tahap ni memang sruh ja dia xyah amik engineering…pi ja main dota serius2
Bukan peminat dota. Pernah cuba tapi tak retii. Anyway nice entry utk gamer luar sana..
Wah……. Hadiah sungguh lumayan. Will ask my friends to join it.
Tak pernah main dn tak tahu pun permainan ni mcm mana. Rasanya usia makcik2 x layak nak main kot..hehehe
dota pon dah ada akademi.. suppport dari jauh je la sbb tak pernah main dota dota ni..heeee
good info!
Nyesal plak tak teruskan main Dota dulu. Kalau tak, dah boleh buat duit dah. Hehe
Hadiah tersangat lumayan tu. Tak pernah main dota ?
Hadiah tersangat lumayan tu. Tak pernah pon main dota ?
Hadiah tersangat lumayan tu. Tapi tak penah main dota pon.
Wahhh… Mahal hadiahnya! Tapi sayang, saya bukan kaki DOTA. hahaha. :(
Wahh.. Hadiahnya mahal. Tapi sayangnya, saya bukan kaki DOTA. haha :(
perghhhhh hadiah dia not bad…… kaki dota ni sesuai yang amat la ni.
wah siap ada kejohanan lagi? hadiah pun kebaboom jugak kan? bestnya
fuh. main game je, hadiah sampai ratus ribu! perghhh.
Weyyy dah lama tak main DOTA. Hadiah lumayan main game je.
Jom main balik? Kot2 dapat wakil Malaysia xpun jadi duta game dekat Malaysia nie
MMR aku dah jatuh sebab banyak kali ter geng dengan pinoy..pinoy perosak MMR..jom establish team ngan aku huhu
Dah bertahun tak main.. Keadaan dan situasi xmampu nak beri komitment bermain game seperti ini. he…23x
Wow , hebat
menarik