January 26, 2025

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop Kini Di Kuala Lumpur

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Alhamdulillah 3 tahun bertutut-turut Bro dapat menyaksikan pementasan teater oleh Tronoh Theatre Shop yang diadakan di Kuala Lumpur.

Kebanyakan dari mereka masih lagi belajar di Universiti Teknologi Petronas.

Mereka selalu juga mengadakan pementasan di UTP, begitu juga di luar UTP seperti Ipoh dan Pulau Pinang.

Rezeki mereka, pada setiap tahun mereka diberi peluang dan ruang untuk mengadakan pementasan teater di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



Peluang ini, Bro tidak akan lepaskan.

Lagipun, mereka selalu menjemput Bro untuk menyaksikan pementasan teater mereka di UTP (Jauh kot, nak ke sana), tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Maka Bro akan gunakan peluang ini untuk memberi sokongan kepada mereka yang saban tahun akan berwajah baru hasil gilapan Dr. Shark selaku penasihat kelab ini.

Teater terdahulu (yang sempat Bro buat liputan) :-

Teater Dendam Maharani Naskah Baru Karya Dr. Shark

Setelah mempersembahkan Istana Keadilan (Bro tak berpeluang menontonnya) pada November lepas, Tronoh Theatre Shop kini kembali dengan sebuah teater baru berjudul Dendam Maharani.

Jom layan beberapa aksi yang berjaya Bro rakam sepanjang teater ini berlangsung.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Berbeza dengan beberapa teater yang sebelum ini,

Teater kali ini merupakan naskah dan skrip baru hasil karya Dr. Shark – cerita asal kepada teater Istidraj Maharaja Beruk (Yang ini pun Bro tak berpeluang menontonnya), di mana menceritakan asal usul di sebalik kejadian Maharaja Beruk diceritakan dengan lebih mendalam.

Dendam Maharani, seperti Istidraj Maharaja Beruk dan Putera Sangkar Maut (Yang ini pun Bro tak berpeluang menontonnya juga), mempunyai tema ala-ala teater bangsawan dan berlatarkan suasana istana.

Teater ini berkisarkan kisah cinta tiga segi berselang dengan politik istana serta muslihat si Maharani dalam melunaskan dendamnya.

Ia merupakan prequel daripada Teater “Istidraj Maharaja Beruk” yang mencerita tindakan Maharaja yang mengahwini orang kampung demi mendapatkan zuriat kerana Maharani yang tidak boleh memberikan zuriat kepadanya.

Hal ini telah mencetuskan dendam dalam diri Maharani dan merancang sesuatu yang kurang baik buat madunya, Mawar.

Apakah yang terjadi kepada Maharani dan apakah yang akan terjadi kepada Mawar?

Babak Dalam Teater Dendam Maharani

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Maharaja cuba mengorat Mawar dan menyatakanisi hatinya untuk memperisterikan Mawar sebagai isteri keduanya.

Ini kerana baginda tertarik dengan peribadi Mawar dan keluarga yang banyak menjaga baginda sepanjang tempoh beliau cedera diserang beruang ketika berburu.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Setelah 9 purnama Maharaja menghilangkan diri.

Baginda pulang ke istana

Maharani teruja bahkan terkejut bila nampak Baginda membawa seorang wanita yang mengandung dan menyatakan wanita adakah madu kepada Maharani.

Baginda meminta Maharani mengajar selok belok adat istana kepada Mawar yang bakal melahirkan pewaris tahta kerajaan.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop

Tetapi Maharani tidak menyukai kewujudan Mawar di istana.

Lebih-lebih lagi darjat mereka berbeza, Mawar hanya orang kebanyakan dan mampu memberi zuriat kepada Maharaja sedangkan Maharani tidak mampu memberikannya.

Lagipun tahta kerajaan ini adalah warisan keturunannya dan Maharaja hanya memilikinya selepas berkahwin dengannya. Maka Maharani lebih berhak keatas tahta ini.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Maka Maharani merancang sesuatu untuk menghapuskan Mawar dan berjumpa seseorang yang mampu merialisasikan matlamatnya.

Baginda menerima racun yang paling berkuasa dan tiada sebarang penawar untuk mengubatinya.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Malangnya,

Racun tersebut diminum oleh Maharaja tanpa sengaja he…23x

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Maharani buntu dengan apa yang terjadi,

Maka beliau menuduh Mawar yang merancang semua ini untuk merampas tahta kerajaan dari beliau.

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Maharani mengurung Mawar dalam sangkar dan meletakan segala kesalahan pada Mawar diatas perkara yang telah terjadi pada Maharaja.

Dah la, itu je yang boleh Bro kongsikan.

Persembahan hampir 2 jam ini tidak membosankan dengan beberapa slot selingan yang mampu membuat anda terhibur dan bersedia untuk disajikan dengan babak seterusnya.

Minggu ini, Tronoh Theatre Shop akan membawa teater ini ke Kuala Lumpur! Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Lokasi: Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Tun H.S Lee,
Wilayah Persekutuan, 50000 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tarikh: 20 & 21 Mei, 2017.
Masa: 8.45 P.M.
Harga Tiket : RM15

Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop
Persembahan selingan dari Dr. Shark dan penasihat kedua Tronoh Theatre Shop yang juga menjadi Tuan Panggung.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Teater Dendam Maharani Dari Tronoh Theatre Shop Kini Di Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *