October 12, 2024

Review Filem Al-Hijab

Al-Hijab,

Ianya bukan mengenai tudung atau tutup kepala.

Mungkin ramai yang menganggap filem ini meletakkan isu tersebut namun sebenarnya ianya berkaitan dengan mata.

Al-Hijab adalah perkataan bahasa arab yang membawa maksud sebagai tirai atau dinding penghalang.

Semestinya anda pernah mendengar bahawa pandangan mata manusia itu telah disekat penglihatannya untuk melihat sesuatu diluar kemampuan manusia.

Jadi,

Setiap manusia itu mempunyai hijab yang menutup pandangan mata halus kerana apa yang kita lihat sekarang adalah merupakan dari pandangan mata kasar.

Pernahkah terlintas di fikiran anda, apa yang bakal dilihat oleh seseorang apabila hijabnya dibuka?

Inilah apa yang Pierre cuba kongsikan menerusi filem terbarunya.

Filem ini bakal ditayangkan serentak seluruh pawagam bermula 6 Oktober ini, yang diterbitkan oleh Empat Semudra Plantation Sdn Bhd.

Ia mengupas kisah seorang pemuda yang terlalu mengharapkan ‘hijab’nya dapat dibuka supaya dia dapat melihat kelibat makhlus halus.

Sinopsis Filem Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram.

Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu.

Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.




Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.

Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael.

Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.

Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya.

Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Gambar Yang Diambil Dari Filem


Trailer Al-Hijab

Review Bro Mengenai Filem ini

Satu hasil karya yang menarik dari Pierre Andre yang bro rasa cukup menyeramkan pada kita dan bukan pada watak utama.

Terasa macam hijab sendiri dibuka sepanjang menonton filem ini. Dan terasa sakit hati bila melihat Pierre Andre macam tak de perasaan bila hantu terang-terang muncul di depan dia.

Walaupun jalan ceritanya agak kabur di beberapa part dan kadangkala seperti tidak masuk akal.

Dalam masa yang sama ianya menyelitkan pandangan Pierre Andre sendiri terhadap dunia hiburan setelah 2 tahun menghilang tanpa menghasilkan apa-apa karya.

Gambar di sebalik takbir pembikinan Filem Al-Hijab

Bicara Bro : Terima kasih kepada pihak produksi yang sudi menjemput bro ke Tayangan Eksekutif dan Press Release Filem Al-Hijab di D’Curve, Damansara baru-baru ini.

Nantikan ianya di pawagam pada 6 Oktober ini.

Jangan menonton jika anda sedang mengandung ataupun tak kuat semangat he…23x [kata Pierre Andre, bukan bro yang kata]

Aksi Bro bersama blogger yang turut hadir sama, kredit picture kepada Defarhano

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Review Filem Al-Hijab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *