June 27, 2025

Orchid & Watson Malaysia Umumkan Pemenang Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang Pertama

Pemenang Pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang Pertama
Peringkat akhir pertandingan Orchid ‘Be Yourself’ yang julung-julung kali diadakan nyata memeriahkan pusat membeli-belah Alamanda di Purajaya.

Produk eksklusif pembersih khusus wanita Orchid, dengan kerjsama Watson Malaysia telah mengumumkan Hamiza Hanapi, 32 sebagai Pemenang pertandingan ‘Be Yourself’.

Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000, hamper produk Orchid.

Duta Orchid - Sazzy FalakLebih menarik, beliau juga berpeluang membintangi satu filem pendek bersama duta jenama Orchid, Sazzy Falak, yang akan diterbitkan oleh produksi tempatan terkenal, Metrowealth International Group(MiG)!

Manakala Noor Lyianna Binti Akhir Rudin, 25, pula berjaya menduduki tempat kedua dan tempat ketiga pula, Sharifah Norbaizura Binti Syied Mohd Safie, 32.

Pertandingan itu diadili oleh pelakon, pengacara TV terkenal tanah air yang juga merupakan duta jenama Orchid, Sazzy Falak; Tan Joo In dari Orchid dan Carrol Tan dari Watsons Malaysia.

Dalam usaha memperkasakan lebih ramai wanita di Malaysia untuk berbincang tentang topik kebersihan intim secara lebih terbuka,

Rangkaian produk pembersih khusus wanita yang semakin popular, Orchid, menganjurkan pertandingan ‘Be Yourself’ buat pertama kalinya.

Penganjuran ini diadakan sempena kempen #Malu?TakMalu! yang menggalakkan golongan wanita untuk turut serta dalam perbincangan topik tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Orchid #Malu?TakMalu! dan tip-tip terbaik mengenai kebersihan intim, sila layari pautan www.facebook.com/NewOrchidBrand/.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *