Bergambar dan anda berpeluang untuk memenangi voucher hidangan ayam Nando’s PERi-PERi selama setahun.
Apa anda perlu buat?
Hanya bergambar sambil merelakan gambar anda di photobomb oleh Barci (aka si Ayam) dan muat naik di laman instagram.
Bro tahu pasal ini, ketika makan di Nandos sebentar tadi.
Tengah syok-syok nak selfie bersama keluarga, tertiba muncul si Barci ini memphotobombkan gambar kami sekeluarga.
Alang-alang dah kena photobomb, terus Bro upload di laman instagram
Mana tahu kalau kami sekeluarga dapat menikmati Nandos selama setahun secara PERCUMA. Lagipun kami sekeluarga memang suka makan di Nandos.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
Bagaimana cara untuk sertai? Hanya bergambar sambil diphotobomb bersama Barci (aka si Ayam).
Gambar tersebut diambil bersama bingkai gambar yang anda boleh termui di mana-mana cawangan Nando’s Malaysia. Kemudian muat naik gambar tersebut di laman Instagram.
Jangan lupa sertakan hashtag #NandosMY #SajeJe dan tag @NandosMY!
Hanya 3 pemenang sahaja akan dipilih secara random.
Tip : Cuba muatkan seberapa ramai orang dalam bingkai gambar tersebut. Pastikan profile dan gambar yang anda buat naik di Instagram di set kepada public (umum).
Kempen ini berlangsung dari 5 Disember 2016 – 8 Januari 2017.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.nandos.com.my/