Ayam Goreng Marrybrown Jimaat Jumaat

Ada peminat ayam goreng Marrybrown tak dekat sini???

Bro nak bagitahu, sekarang Marrybrown tengah mengadakan promosi Marrybrown Jimaat Jumaat dimana korang boleh nikmati 5 ketul ayam + 5 ketul nugget pada harga RM19.90 (tidak termasuk cukai SST).

Wowww….!! Ini baru betul-betul jimat.

Bagaimanapun tawaran ini hanya sah setiap Jumaat bermula 20 September hingga 1 November 2019.

So, jangan lepaskan peluang ini dengan bawa keluarga, rakan sekerja untuk menikmati penjimatan setiap hari Jumaat di Marrybrown.

Bila ada promosi seperti ini, baru ia menjadi waktu yang sesuai untuk korang ‘open table’ dan belanja mereka makan di Marrybrown.

Set Marrybrown Jimat Jumaat

Eh, ada yang nak makan ayam goreng Marrybrown original, ada juga yang nak spicy???

Jangan risau. Set Marrybrown Jimat Jumaat ini, korang boleh campur kedua-duanya. Macam Bro, lebih suka ayam goreng spicy. Dalam masa yang sama, teringin nak makan ayam goreng original juga.

Asik sebut pasal ayam goreng je. Nugget ayam Marrybrown juga tidak mengecewakan. Ia turut didatangkan bersama set Jimat Jumaat ini.

Cuma set ini tidak didatangkan dengan air (korang kena beli air asing) dan hanya untuk makan disana (tak boleh take away).

Promosi Marrybrown Jimaat Jumaat

Ingat tau,

Tawaran ini hanya sah setiap hari Jumaat bermula 20 September hingga 1 November 2019 disemua cawangan Marrybrown kecuali Marrybrown Genting, Sunway Lagoon dan semua lapangan terbang selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown serta promosi yang mereka jalankan, anda boleh rujuk Facebook Marrybrown Malaysia, Instagram @MarrybrownMY atau laman web http://www.marrybrown.com/

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter