Baru-baru ini pasti korang ada perasan dekat myNEWS ada jual pelbagai jenis makanan siap sedia (ready-to-eat) seperti bento, onigiri dan roti?
Laku keras sampai kosong raknya setiap kali Bro pergi ke mana-mana outlet myNEWS yang menjualnya.
Oleh itu, myNEWS Holdings Berhad, dengan bangganya melancarkan pusat pengeluaran makanan berinspirasikan Jepun untuk memenuhi permintaan pasaran kemudahan tempatan dengan mengekalkan piawaian tertinggi dari segi kualiti, kebersihan dan kesegaran.
Pusat pengeluaran ini, beroperasi di bawah anak syarikat myNEWS Holdings Berhad iaitu myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd akan membekalkan rangkaian kedai serbaneka myNEWS dengan pelbagai jenis makanan siap sedia (ready-to-eat) yang berkualiti tinggi.
myNEWS telah mengambil inisiatif untuk membawa pakar industri makanan yang terkenal dari Jepun sebagai rakan kongsi syarikat tersebut.
Ini bagi menampung gaya hidup masyarakat Malaysia yang sibuk serta tuntutan akses mudah ke kedai serbaneka yang menawarkan pelbagai produk serta perkhidmatan berkualiti, khususnya makanan yang berkualiti dan mudah dimakan.
“Untuk memberi rakyat Malaysia makanan dengan kualiti yang baik setanding Jepun, kita perlu membawa pakar dari Jepun sendiri untuk menghasilkannya,” – Encik Dang Tai Luk, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan myNEWS Holdings Berhad.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati pilihan makanan yang mudah dimakan serta berinspirasikan Jepun yang dihidangkan mengikut citarasa lokal dengan pelbagai pilihan yang terdiri daripada sandwich, onigiri, dan bento, serta roti yang baru dibakar daripada jenama bakeri myNEWS sendiri iaitu Maru Bakes, dan juga minuman panas dan sejuk yang menyegarkan daripada myNEWS melalui Maru Kafe.
Selain itu, hidangan tempatan yang lazat seperti kari laksa dan nasi lemak juga disediakan.
Pusat pengeluaran makanan myNEWS mula beroperasi secara komersial pada Jun 2019 dan kini boleh menyokong sebanyak 600 cawangan kedai serbaneka melalui dua kilang penghasilan yang diselenggara oleh pakar industri makanan di Jepun, Gourmet Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd.
Sejak penubuhannya pada Disember 1996, myNEWS telah berjaya berkembang dan kini mempunyai lebih daripada 5 juta pelanggan setiap bulan di lebih 500 cawangan di seluruh negara.
Bermula dengan pembukaan kedai buku dan runcit tradisional yang kecil 23 tahun yang lalu, myNEWS Group kini memiliki barisan produk makanan siap sedia (RTE) berasaskan Jepun yang terbesar dan pembukaan pusat pengeluaran makanan ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi jenama tempatan tersebut dalam industri serbaneka yang kian membangun.
Barisan produk makanan siap sedia myNEWS :-
- Maru Kafe: Maru Cream, ais krim lembut yang enak
- Maru Coffee: pilihan minuman kopi harian yang terkenal
- Maru Bakes : produk bakeri yang segar
- Sandwich
- Onigiri
- Bento
- Kari laksa
- Nasi lemak
- Spaghetti,
Kesemua produk ini dibangunkan dalam persekitaran terkawal di pusat pengeluaran makanan myNEWS di Kota Damansara.
Para pelanggan di Lembah Klang kini dapat memenuhi keinginan mereka di lebih daripada 300 cawangan myNEWS terpilih.
myNEWS DASH – Perkhidmatan Penghantaran Dalam Talian
Satu pembangunan yang berkaitan ialah perkhidmatan penghantaran dalam talian myNEWS DASH, yang dilancarkan baru-baru ini seiring dengan pengumuman pusat penghasilan makanan myNEWS.
Berdasarkan kesedaran baru tentang standard makanan RTE yang ketat, ia adalah langkah strategik yang bertujuan untuk mempromosi produk-produk berkualiti di luar cawangannya, terus kepada pengguna.
Ia menjadi pilihan mudah untuk pelanggan yang ingin mendapatkan makanan serta keperluan harian dihantar terus ke pintu hadapan mereka.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari: http://www.mynews.com.my/