May 22, 2025

Miliki iPhone 7 & iPhone 7 Plus Serendah RM160 Dengan ReNew+

Miliki iPhone 7 Serendah RM160 Dengan ReNew+
Anda ingin menjadi yang terawal menggunakan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, tetapi harga yang ditawarkan agak mahal berbanding dengan kemampuan anda ketika ini.

Tahukah anda, bahawa anda kini boleh memiliki iPhone 7 dan iPhone 7 Plus serendah RM160 sebulan dengan ReNew+

Syarikat pelupusan aset teknologi maklumat (IT Asset Disposition) yang terulung iaitu ComputerAsia Sdn Bhd (jenama ‘CompAsia’) telah melancarkan satu program pemilikan yang bijak digelar “ReNew+”.

Ia dijangka dapat mengubah gaya hidup pengguna yang sentiasa menjual-beli telefon pintar mereka untuk miliki telefon pintar terkini di negara seperti Malaysia, Singapura dan Filipina.

Miliki Telefon Pintar Terkini Setiap Tahun Dengan ReNew+

CompAsia Ties With Maybank EzyPay to Launch ReNew+

ReNew+ membolehkan telefon pintar terkini semakin mampu dibeli dan dimiliki oleh pengguna pada setiap tahun.

Program naik taraf (upgrade) yang lebih bijak ini telah memperkenalkan tawaran produknya yang pertama – pembeli di Malaysia hanya dikenakan bayaran bulanan yang rendah untuk mendapatkan iPhone 7 dan iPhone 7+ yang baru.

Sekiranya pembeli memulangkan iPhone mereka ini selepas selesai pembayaran 12 bulan, mereka dapat melayakkan diri untuk mendapat iPhone generasi baru tahun depan tanpa sebarang kerumitan atau dikenakan sebarang yuran pembatalan.

CompAsia Ties With Maybank EzyPay to Launch ReNew+

Anda hanya perlu membeli iPhone terbaru ini melalui kedai online CompAsia (www.compasia.com) ataupun dari mana-mana kedai yang turut menawarkan program ReNew+ ini.

Melalui Maybank EzyPay, pelan ini menawarkan pembayaran ansuran tanpa faedah sehingga 24 bulan hanya untuk mereka yang layak membeli dengan menggunakan kad kredit Maybank mereka.

CompAsia Ties With Maybank EzyPay to Launch ReNew+

Disamping menawarkan bayaran bulanan rendah tanpa apa-apa bayaran pendahuluan, pembeli turut berpeluang mendapat insuran “Phone Guard’ percuma selama setahun sebagai perlindungan daripada skrin retak.

ReNew+ Tawar Pilihn Lebih Bijak Kepada Pengguna

ReNew+ direka khas untuk menawarkan pilihan yang lebih bijak kepada pengguna yang ingin menaiktaraf telefon pintar mereka setiap tahun.

Namun ia tidak serupa dengan pelan tradisional lain yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi tempatan kerana ReNew+ ini membebaskan pengguna daripada terikat kontrak dengan syarikat telokomunikasi selama dua tahun.

CompAsia Ties With Maybank EzyPay to Launch ReNew+

Program upgrade ini amat fleksibel sekali kerana ia membenarkan pengguna bebas memilih samada syarikat telekomunikasi sendiri maupun bersambung semula sahaja dengan yang sedia ada.

Yang amat menarik sekali ia memudahkan pengguna bebas untuk menukar syarikat telekomunikasi walaupun selepas 12 bulan tanpa sebarang kerumitan susulan pembatalan kontrak dua tahun dengan syarikat tersebut.

Menarik bukan?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.compasia.com.

CompAsia Ties With Maybank EzyPay to Launch ReNew+

ReNew+ akan menawarkan lagi satu program upgrade istimewa pada awal tahun depan khas untuk pengguna yang gemar telefon pintar Android.

Program ini akan bercorak ‘jenama bebas’ di mana pembeli mempunyai kebebasan untuk menukar atau menaiktaraf telefon pintar mereka kepada telefon pintar baru yang sama mewah tetapi berjenama lain.

Sama-sama kita nantikan ;)

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Miliki iPhone 7 & iPhone 7 Plus Serendah RM160 Dengan ReNew+

  1. Menarik sungguh program ReNew drpd CompAsia. Rasa nak bertukar iPhone 5s ke iPhone 7.

    Apa pun, ia satu program yang menarik untuk penggemar dan peminat gajet utk upgrade phone mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *