Rina Salleh Clothing baru-baru ini, telah memperkenalkan Koleksi Raya 2016 ‘Best of La Donna’ bertempat di White Box @ Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Ianya hadir dengan konsep moden kotemporari yang menyerlahkan klasik serta corak yang unik.
Koleksi ini di inspirasikan dari watak Aundrey Hepburn, seorang gadis yang tidak diduga, unik serta mudah didekati.
Setiap rekaan bermotifkan klasik dengan potongan moden serta menggunakan warna yang ‘rustic’ dimaksudkan seperti Dusky, Biscotti , Stonewash, hitam,putih dan lebih kepada ‘Earthen Hues with sweet accents’ (pink).
Untuk pengetahuan anda,
Rina Salleh Clothing menampilkan identiti koleksi yang eksklusif, ringkas, kotemporari, kasual, moden klasik dan anggun seperti gaun, jubah, blaus, skirt, tudung serta selendang.
Ianya disesuaikan dengan fesyen Muslimah ‘Nursing & Wudhu Friendly’ untuk ibu menyusukan bayi. Hasil cetusan idea dan ilham oleh pemilik jenama ini Puan Noraniza Mohd Salleh atau lebih dikenali dengan nama Rina Salleh.
Gambar bersama Rina Salleh dan suami (Alhamdulillah kedua-duanya mengenali Bro), sambil diiringi staf Rina Salleh Clothing yang telah menjayakan majlis ini.
Rina Salleh Clothing memulakan perniagaan di media sosial iaitu Friendster dan blog pada tahin 2009.
Bagaimanapun, pada tahun 2010 Rina Salleh Clothing melangkah setapak kehadapan dengan melancarkan laman sesawang www.rinasalleh.com, lebih memudahkan urusan pembelian melalui atas talian (online).
Dari dunia maya, mereka beralih ke butik pertama Rina Salleh Clothing yang mula beroperasi pada tarikh 1 December 2012 di Seksyen 7, Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Kini, Rina Salleh Clothing mempunyai 3 lagi cawangan butik di :
- Bandar Baru Uda , Johor Bahru.
- Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, Selangor
- Gio Mall Kuantan , Pahang
RSC RESOURCES SDN BHD
No 5A Jalan Plumbum Q7/Q, Pusat Komersil Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
TEL : 03-55102031 ! EMAIL: admin@rinasalleh.com ! Website : www.rinasalleh.com
Cantiknya…. Boleh buat koleksi raya untuk puan-puan isteri… ;)
Ok, dah upload gambar terkini untuk tatapan anda ;)
Fuh.. cantik meletop. Berpinar mata tgk koleksi ni… baru rinasalleh belum BA, Zawara, Minaz.. menangis bucu katil oiii. !_! huhu
lawo…dapat gak invitation event ni tapi tak boleh attend..hari koje..huhu..jeles tengok bro..boleh gi event suka hati bila2 pun..hehe
cantik designnya…. :)
cantik2 design RS ni
model pakai sume lawa, so badan kite pun kene comey cam model baru lawa pakai baju ape pun huhu