Selamat ulang tahun yang ke-2 buat Projek Travel.
Baru-baru ini, Bro dijemput menghadiri Projek Travel 2nd Anniversary Party yang berlangsung di Restoran D’Saji KL Titiwangsa.
Pada majlis ini, tetamu yang hadir terdiri dari rakan blogger, media, selebriti, penaja dan Sahabat PT yang selama ini banyak membantu Projek Travel secara langsung mahupun tidak langsung.
Apa yang Bro nampak di sini,
Majlis ini meriah dalam masa yang sama membolehkan tetamu yang hadir bergaul sesama sendiri. Ramai juga yang pertama kali bertemu walaupun dah lama berkenalan dalam dunia sosial.
Pendaftaran bermula seawal pukul 7.00 malam.
Smart ke kaunter pendataran Projek Travel. Malangnya, mereka letak brader-brader Sado jadi tukang jaga.
Adeh….!!!
Jangan kecewa sangat. Team Projek Travel ada 2 bunga yang berseri dalam barisan adminnya.
Ada berani?
Terima kasih diucapkan kepada pihak Restoran D’Saji KL Titiwangsa kerana sudi menaja lokasi dan hidangan yang menyelerakan buat kami semua.
Terima kasih kak Nina Mirza, sebab sudi jadi model he….23x
Antara hidangan yang disajikan :-
Enaknya mereka makan, katanya starter……
Mereka antara blogger yang hadir yang selama ini banyak menyokong perjalanan Projek Travel.
Seri memotong kek sebagai acara simbolik kepada majlis ulang tahun ke-2 Projek Travel. Cantik keknya, rasa sayang pulak nak potong.
Kek ini ditaja oleh Niza Danudin.
Majlis ini, tidak akan ceria jika tiada photobooth.
Terima kasih buat Theseplay kerana menyediakan photobooth yang awesome dan menceriakan wajah-wajah blogger / tetamu yang hadir. Memasing nampak macam tak pernah jumpa kamera he…23x Selalu selfie je kan.
Ok, ini pula gambar Bro sekeluarga.
Terima kasih Theseplay untuk gambar keluarga kami yang awesome ini. Kami amat hargai sesangat.
Sekiranya anda ingin miliki photobooth untuk majlis yang anda ingin andakan, anda boleh hubungi mereka :-
Theseplay Photo Booth
Email : theseplay@gmail.com
Whatsapp : +60122236542 & Laman Web : www.theseplay.com
Barisan Admin Projek Travel
Mungkin selama ini, anda tertanya-tanya siapa admin / orang kuat disebalik tabir Projek Travel?
Mereka terdiri dari 8 blogger mewakili 1 blog.
Menurut mereka, agak sukar untuk mengumpulkan kesemua admin pada satu-satu masa. Sepanjang Projek Travel ditubuhkan, hanya sekali sahaja mereka semua dapat berkumpul sama.
So kesimpulannya,
Event kali ini, macam terkurang sorang he….23x
Kebanyakan mereka masih muda remaja. Walaupun ada yang dah berumur 3 series, muka tetap nampak muda. Apa rahsianya.
Bila Bro bergambar dengan mereka, makin terserlah kemudaan Bro he…23x (Jangan kecam saya…!!)
Apa yang Bro nampak mereka ada kesungguhan dan sentiasa positif terhadap Projek Travel.
Jika anda punyai kelapangan, jemput baca artikle menarik dari mereka di www.projektravel.com
wow azlan & type writer pun dapat invitation ek?
Eh ada ke dia? Tak perasan la pulak dalam gambar
aish, macam mana tak boleh perasan, cuba tengok balik gambar ke 2 tu
skrol balik atas tengok..tu dia ke tu?
Nampak gempak sambutan ulang tahun tentu sponsor juga datang dari yang best-best.
Banyak juga pihak yang hadir menaja majlis mereka
seronoknyaa. tak kuad tengok kek dan makanan tu :D
He…23x selamat bro kuad he…23x kuad makan
tahniah dah ulangtahun ke2 tu. best makan2 tu
ALhamdulillah terima kasih kepada pihak D’Saji KL Titiwangsa kerana sudi menaja lokasi dan makanan.
Wahhhh…. Tengkiu bro sebab datang ke majlis kami… Maaf kalau ada kekurangan tau…
Sesama, terima kasih juga untuk layanan yang diberikan
Semoga lebih maju lagi pada tahun ini untuk barisan admin yang ohsem… ;)
majlis takkan berjaya tanpa kehadiran para tetamu yg ohsem… t. kasih krn suri memeriahkan majlis bro
memang hebat, tahniah diucapkan, semoga projek mereka akan kekal lama dan menjadi rujukan ramai pelancong dari dalam dan luar negara hendaknya
meriah betul majlisnya.. bestnya dapat jemputan
harap2 tahun ni DT dapat join event2 macam ni.