Fesyen Muslimah mula mendapat tempat dikalangan wanita di negara kita dimana ianya menjadi pilihan untuk diperagakan sama ada dalam majlis formal mahupun tidak formal.
Rekaan diperkinikan bagi memberi nafas baru supaya ianya sesuai dipakai bila-bila masa dan dimana juga.
Dipersuaikan dengan aktiviti yang ingin dilakukan.
Jika dahulu rekaan jubah yang juga dikenali sebagai abaya merupakan pakaian tradisional wanita Timur Tengah yang mempunyai potongan loose dan straight serta pada kebiasannya berwarna hitam.
Fenomena abaya ini sebenarnya telah lama meresap masuk ke dalam negara kita dan ia sering dipakai oleh kaum wanita ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan dan seumpamanya.
Namun, dengan perkembangan fesyen Muslimah yang amat pesat di negara kita, fesyen jubah terkini diberikan sentuhan moden yang cukup menarik.
Kini, anda boleh dapati bahawa koleksi jubah moden bukan sahaja dipakai untuk menghadiri acara keagamaan sahaja, malah ia turut digayakan untuk ke majlis-majlis istimewa yang lain termasuklah ke pejabat.
Secara amnya, potongan jubah terdahulu dan kini tidak jauh berbeza.
Cuma, apa yang membezakan fesyen jubah terkini dengan yang terdahulu adalah dengan penambahan perincian pada bahagian tertentu seperti pada bahagian lengan jubah, bahu dan seumpamanya.
Kini, terdapat juga koleksi jubah moden yang dipakai bersama belt dan jacket.
Selain itu, fesyen jubah terkini juga banyak direka dengan menggunakan fabrik yang berwarna selain hitam.
Berbeza dengan koleksi jubah terdahulu yang rata-rata hanya boleh ditemui dalam pilihan warna hitam atau warna gelap yang lain.
Bukan itu sahaja, terdapat juga koleksi jubah yang direka dengan penggunaan fabrik yang bercorak.
Maka, koleksi jubah terkini yang mana menjadi pilihan anda?
Alahai… Cantiknya koleksi jubah Moden ni… Syukur Alhamdulillah… Jubah dah jadi salah satu trend pemakaian pemudi zaman sekarang…
Memang cantik koleksi jubah moden sekarang… Rasa lebih tertarik dengan gadis berjubah…
comelnya jubah tu….
Comel? jubah ke modelnya….
Memang menarik pun, suka sangat
kita suka jubah hihihi
Saya pun sendiri suka pakai jubah moden. Loose tetapi menarik dan moden. Praktikal sebab senang untuk bersolat.
cantik jubah.. tapi tula.. size lisa susah nak cari .. huhu
subhanallah. cantik sekali mode pakaian hijab jubah ini