Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola umumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat: Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet.
Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan produk asli mereka yang amat digemari ramai, semestinya mencipta pengalaman rasa baharu yang hebat.
Dilancarkan pada 1 Ogos 2023, kempen selama sebulan ini menjanjikan pengalaman rasa luar biasa yang tidak dapat dilupakan buat pencinta pizza dan kepak ayam.
Bereksperimen lebih empat bulan untuk mereka dan menambah baik resepi gabungan ini untuk menampilkan padanan rasa yang sempurna. Usaha keras ini berjaya menghasilkan dua rasa sensasi unik Pizza Hut dan Coca-Cola dalam setiap gigitan.
Hawaiian Cola Pizza menggabungkan Hawaiian Chicken Pizza yang terlaris di pasaran dengan sos khas yang dihasilkan daripada soda Cola yang disukai ramai. Mereka yakin peminat pizza akan jatuh cinta dengan kombinasi pedas dan savuri, bersama percikan Cola.
Manakala Krispy Cola Wingstreet menampilkan kepak ayam berjus dengan ramuan istimewa soda Cola, yang pastinya mencipta deria rasa yang tak mampu dilupakan.
Untuk menyemarakkan lagi keterujaan, sebuah mesin layan diri khas akan dipasang di lokasi yang dirahsiakan di sekitar Lembah Klang. Sudah pasti ada kejutan yang menanti buat peminat yang menggunakan mesin layan diri ini, sekaligus menambahkan lagi keseronokan pengalaman itu.
Tersedia di kesemua 453 buah restoran Pizza Hut di seluruh negara, rangkaian Pizza Hut X Coca-Cola boleh dinikmati sebagai sebahagian daripada kombo Pizza Hut MyBox, kombo Huts Meal atau Kombo WingStreet dengan tambahan RM3.90 untuk setiap set.
Promosi ini tersedia untuk ‘dine in’, bawa pulang dan penghantaran yang boleh dipesan melalui Aplikasi Pizza Hut, www.pizzahut.com.my atau melalui platform penghantaran makanan popular sedia ada.
Dah try ke bro? Camne rasanya tu?
Belum try lagi…