April 20, 2024

Promosi – Bro Char Kuey Teow Ketam Pada Harga RM10

Char Kuey Teow Ketam at Bro Char Kuey Teow, Tg Malim, Perak
Genap 4 bulan, Bro Char Kuey Teow beroperasi di Lampuneon Cafe, Tg Malim.

Maka kini, kami mempelbagaikan lagi pilihan dengan memperkenalkan menu terbaru dari kami yakni Char Kuey Teow Ketam.

Jangan terliur pula melihat Char Kuey Teow Ketam kami.

Bagaimanapun,

Sekiranya anda teringin nak rasa Char Kuey Teow Ketam ini, anda perlu buat tempahan awal (booking), ini kerana ketam yang dikeluarkan adalah terhad setiap hari.

Cara menempah :-

Char Kuey Teow Ketam at Bro Char Kuey Teow, Tg Malim, Perak
Pelangan pertama kami.

Katanya, sebelum pulang ke Pontian, Johor dia nak rasa Char Kuey Teow Ketam kami.

Promosi : Char Kuey Teow Ketam – RM10* (untuk tempoh terhad).

Peringatan : Jika tak sedap, jangan kecam kami di laman sosial atau melalui mulut ke mulut.

Bagitau kami, supaya kami boleh memperbaiki kelemahan kami.

Kalau sedap, bagitau kenkawan dan jangan viralkan di laman sosial. Nanti, gerai kami kena serbu, Bro sorang je yang jaga gerai. Parah nanti.

Bro Char Kuey Teow Tg Malim Kuali Berapi
Sekiranya, anda datang ke Lampuneon Cafe, Tg Malim.

Jangan lupa menikmati Char Kuey Teow terbaik dari kami di Bro Char Kuey Teow (diasaskan oleh blogger Bro Framestone).

Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke

Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe

Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak

Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)

Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

29 thoughts on “Promosi – Bro Char Kuey Teow Ketam Pada Harga RM10

Leave a Reply to Yuyu Zulaikha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *