Genap 4 bulan, Bro Char Kuey Teow beroperasi di Lampuneon Cafe, Tg Malim.
Maka kini, kami mempelbagaikan lagi pilihan dengan memperkenalkan menu terbaru dari kami yakni Char Kuey Teow Ketam.
Jangan terliur pula melihat Char Kuey Teow Ketam kami.
Bagaimanapun,
Sekiranya anda teringin nak rasa Char Kuey Teow Ketam ini, anda perlu buat tempahan awal (booking), ini kerana ketam yang dikeluarkan adalah terhad setiap hari.
Cara menempah :-
- Facebook – fb.com/brocharkueyteow (PM kami disana)
- Instagram – instagram.com/brocharkueyteow (DM kami disana)
- Whatsapp – 012-3375273 (text, jangan call)
Katanya, sebelum pulang ke Pontian, Johor dia nak rasa Char Kuey Teow Ketam kami.
Promosi : Char Kuey Teow Ketam – RM10* (untuk tempoh terhad).
Peringatan : Jika tak sedap, jangan kecam kami di laman sosial atau melalui mulut ke mulut.
Bagitau kami, supaya kami boleh memperbaiki kelemahan kami.
Kalau sedap, bagitau kenkawan dan jangan viralkan di laman sosial. Nanti, gerai kami kena serbu, Bro sorang je yang jaga gerai. Parah nanti.
Sekiranya, anda datang ke Lampuneon Cafe, Tg Malim.
Jangan lupa menikmati Char Kuey Teow terbaik dari kami di Bro Char Kuey Teow (diasaskan oleh blogger Bro Framestone).
Jika nak rasa Char Kuey Teow yang Bro masak, anda boleh datang ke
Bro Char Kuey Teow @ Lampuneon Cafe
Lot 8138, Jalan Ketoyong,
35900 Tanjung Malim
Perak
Waktu Operasi : 5 ptg – 11 malam (Ahad – Jumaat)
Panduan Perjalanan : Waze “Lampuneon Cafe, Tg Malim” . Tapi lokasi pada waze tak beberapa nak tepat. Bila nak dekat sampai, gunakan Google Maps sebagai rujukan.
Promosi hebat.. memang murah tu… boleh join buat Year End Sales ni…
year end sale sungguh kan hehehe
nak kena rasa juga ni….terliur pula da…haha
satu hari nanti, nak juga datang! amin
Terkejut kita, tertiba Yuyu Zulaikha komen cakap nak datang.
If nak mai, roger awal-awal.. Takut sesat ke apa ke. Nak ketam? pun kena roger awal2
Tapi… belum sempat lagi nak pergi ke Tanjung Malim… sebab sekarang ni puan isteri tengah menunggu hari jer nak bersalin… anak ke 4….
Hu3..hensem dan bergaya chef charketeow,,ptut ramai serbu..
menangis tengok.. sedapnyaaaaaaaaaaa
mak aih . terliur gila subuh2 ni buka blog bro nampak char kuey tiaw ketam tu..
Salah timing mai blog Bro…
Kalau singgah tanjung malim boleh lepak kat sini ni…
Boleh sahaja… Roger awal.. Jangan pula datang mengejut
haha wajib kot. sangat ohsem rasa dia. dari haritu rasa nak repeat
tarikan tanjung malim selain bandar proton :)
okeh.
nampak macam sedap aje.
harga pun mengancam.
bila nak pekena bro? roger la. boleh layan sekali hehe
kyaknyaa sedap nihh
jauh pulak nak sampai sana tu
hehe hendak seribu daya. apa la sangat jarak tu
Setakat ni belum pernah lagi merasa Char Kuew Teow Ketam.. kalau Char Kuew Teow Udang tu pernahlah.
sama la. tak pernah lagi rasa yang ada ketam. nak kena cuba juga ni
wowwi, murah2, tengok pun dah kecur air liur…
aku teringin nak pekena sekali lagi ni. hehe
lepasni kena bawa kesayangan ke sana
awak nak singgah suatu hari nanti !! kelihatannya enak..
Terliur tengok ketam tu hihihi… jauhnya nak pergi sana.. bro post kulim boleh tak hihihi
murah sangat dah tu..terbaik la..
memang teliur ni bro..bilalah ada rezeki nak merasa CKT bro ni
sedapppppnyaaaa! Selalu jugak makan kat LampuNeon. Tapi belum ada chance lagi nak makan char kuey tiaw tu -_-
belum berkesempatan lagi nak singgah rasa bro char kuey teow ni…kena terjah ni nanti…