AirAsia X mengumumkan akan memulakan penerbangan terus 4x seminggu dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula dari 1 Oktober 2015.
Bersempena dengan pengumuman laluan ini, AirAsia X akan menawarkan promosi tambang termasuk semua bermula dari serendah RM99* sehala bagi tempat duduk ekonomi atau RM999* sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed yang telah mendapat pelbagai pengiktirafan.
Tambang promosi ini boleh didapati untuk tempahan melalui laman web bermula hari ini hingga 2 Ogos 2015, dan bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2015 hingga 31 Ogos 201?6.
Kesemua tambang promosi ini boleh ditempah menerusi laman web di airasia.com atau aplikasi AirAsia bagi iPhone dan peranti Android, serta laman mudah alih mobile.airasia.com.
Informasi Tentang Sapporo
Sapporo mempunyai penduduk seramai 1.9 juta dan merupakan salah satu tempat yang terbaik di Jepun untuk dilawati sepanjang tahun yang terkenal dengan makanan laut yang segar, salji putih, dunia seni tempatan, kilang alkohol dan banyak lagi.
Antara lima tempat utama yang mesti dikunjungi untuk mengalami Sapporo adalah termasuk Koyo atau menyaksikan warna-warni musim luruh semasa bulan Oktober, terutama di pergunungan Taman Negara Daisetsuzan, yang merupakan tempat terbaik bagi menikmati keindahan warna-warni musim luruh.
Selain itu, bulan yang menarik untuk dikunjungi adalah pada musim sejuk, Festival Salji Sapporo yang terkenal dan meluncur ski di pusat peranginan bertaraf dunia Hokkaido.Pada musim panas pula, nikmati keindahan romantis bunga-bunga di taman bunga Furano-Beiei dimana Hokkaido penuh warna-warni dengan pelbagai jenis bunga mekar.
Festival Lilac dan Yosakoi Soran di Odari Park merupakan tempat bagi pelancong menikmati festival musik, majlis meminum teh di luar dan aktiviti mengumpul setem.

AirAsia X Berhad kini terbang dari Kuala Lumpur ke Jepun dengan penerbangan 5x seminggu ke Osaka dan penerbangan harian ke Tokyo.
Terus mengikuti perkembangan promosi terkini AirAsia dan aktiviti lain melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala dan termasuk cukai lapangan terbang sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Macam menarik ni..
pergh! murah bangat tu