Sambal dan ulam tidak dapat dipisahkan dalam menu rakyat Malaysia sejak dahulu lagi. Satunya penaik selera makan, dan satu lagi untuk menjaga kesihatan.
Hari ini, Bro nak kongsikan Sambal Tempoyak dan Ulam Raja yang merupakan salah satu hidangan kegemaran Bro.
Kenapa Sambal Tempoyak? Dan kenapa Ulam Raja?
Sebab Bro Orang Perak dan ayah suka buat tempoyak. Pantang jumpa durian, memang dijadikan tempoyak.
Ulam Raja? Kalau ikutkan depan rumah Bro ada banyak pokok ulam yang ditanam. Cuma Ulam Raja ini lebih bermaharajalela. Malangnya sekarang dah tiada, sebab bagi jalan kepada projek pembangunan.
Sambal Tempoyak
Tempoyak biasanya dibuat dari isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam. Kemudian disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian.
Tempoyak biasanya tidak di makan begitu sahaja tetapi selalunya di buat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Tidak lupa juga udang masak tempoyak kegemaran Puan Isteri.
Tempoyak sangat popular di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat popular
Ulam Raja
Pokok Ulam Raja (nama lain: Pokok kenikir) merupakan tumbuhan tropika yang berasal dari Amerika Latin, tetapi tumbuh meliar dan mudah didapati di Florida, Amerika Syarikat, serta di Malaysia dan negara-negara ASEAN.
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil.
Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.
Bicara Bro : Bila sebut pasal durian. Teringat kepada Mr. OS (Oh kome, deghoyan dah berbunge). Apa kisah terbaru beliau? Jemput baca di sini.
fuh best tu mkn tempoyak bersama budu..mmg meletup..haha..tu pasalnmpk bro mcm awek muda jer..
Pernah juga perkena tempoyak bubuh budu…. Lately memang kena awek muda.. kalau idak, xlaku pula nanti
Tempoyak, budu, sambal belacan, cencaluk semuanya sangat sedap makan dengan ulam
Ni semua makanan signature orang melayu….
Betul itu, now dekat kedai ramai bagi sambal belacan dan timun sebagai ulam… feel dia kurang sikit bila belacan tak rasa macam belacan
My favourite!
Yeahhh ada geng…!!!
pehhh… makan dgn nasi putih dan ikan goreng je memang dah terangkat lah….
tempoyak ni memang feberet gua