Sara Thai Kitchen terletak di Balok tidak jauh dari Bandar Kuantan, Pahang merupakan salah satu destinasi makan malam kami sekeluarga sewaktu bercuti di sana.
Alhamdulillah, hidangan dan layanan yang diberikan tidak mengecewakan kami. Berbaloi dengan harganya.
Jaraknya, lebih kurang 1 KM dari tempat penginapan kami di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan (Terima kasih Deq Noor atas penajaan penginapan ini).
Dan disini, kami jumpa apa yang sebenarnya kami nak cari di Kuantan.
Semestinya Tom Yam dan juga Sotong Celup Tepung. Yang menariknya, potionnya tidak mengecewakan. Kenyang kami sekeluarga tanpa perlu mintak nasi tambah.
Apa yang kami nikmati disini?
Tom Yam Seafood – RM7.00 (untuk 2 orang makan)
Telur Dadar – RM3.00 (untuk 2 orang makan)
Tidak lupa juga Sayur Baby Kailan Ikan Masin – RM6.00 (untuk 2 orang makan) dan Nasi Putih – RM1.30 (sepinggan).
Total makan berdua (Baby Fisha makan sikit waktu itu) lebih kurang RM30.
Harganya lebih sedikit berbanding dengan kedai yang kami makan dimalam sebelumnya. Malangnya servis dan hidangannya amat mengecewakan kami sekeluarga.
Bagi sesiapa yang ingin mencari tempat untuk menikmati makanan laut segar dan suasana yang selesa, anda boleh datang ke sini.
Cherating Jalan Kuantan – Kemaman,
Balok, Pahang?
No. Tel : 012-949 3466
Bicara Bro : Jeles tengok ada brader-brader biker datang sini menikmati ketam. Banyak pulak tue. Seronok makan reramai dengan kenkawan.
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
sotong cam awesome je.. gemuk-gemuk
Dekat KL pun banyak yang gemuk2… gemuk2 dengan tepung, sotongnya senonet, tapi harga nak dekat sama.. Apa kes?
Tue yang dok cari sotong macam nie.. Baru berbaloi-baloi.
tengok tomyam tu macam mabeless jerk…pebret tu tomyam…lama dah tak ke kuantan…
Memang terbaik tomyam dia. Tidak mengecewakan, pekat dan sedap. Paling penting, banyak haiwan berenang-renang dalamnya.
Rasanya sotong celup tepung yang menarik sekali…..sebab buat ala-ala macam crispy dan tepung tak tebal sangat kan….
Dekat area KL, mana nak dapat sotong macam nie dan murah
fuh.,,berbaloi-baloi bro mkn..stongnya mmg menyelerakan..
Sotong besar2 tepung sikit… berbaloi-baloi gitew
Dikala pukul 2.45pagi baca entri nie . Kejam weiii . Lapar terus .
Lain kali, kalau nak blogwalking bila masa dan keadaan perut yang sesuai he..23x
wah bestnya…terliur la pulak tengok makanan2 tue..nanti kalau ke kuantan nak singgah la….sotong yang gemuk2 ala thai…makan jadi gemuk x?hehe
Try la singgah nanti. Berbaloi-baloi lagi2 kalau makan reramai
kalau dekat memang dah sampai ni, gambar nampak menggiurkan lah…
Mana tahu nanti terlalu sana ke kan :)
dulu mase di kuantan kami makan kat ana ikan bakar petai…penuh orang…sampai tak cukup meja kene tunggu turn orang habis siap huhu…
Kiranya rezeki kami datang, masih ada meja yang kosong :)
mane2 pun kite pergi, kalo kene tempat makan sedap sampai bebile mesti kite ingat…
Yup, percutian tiada makna jka tak perkena makanan yang sedap.
Lapo pulak tengok tomyam ne…lps ne nak cari kedai pattani..pekena tom yam
gua pun tak pernah makan dekat sini bro..hu3…nnt bor belanja ek
La tak pernah ek, insya’lah jika bro turun ke Kuantan nanti
saya pun suka. makanan dia sangat la sedap! memang best. hehehe. rasa berbaloi kenyang dengan harga :D
Itu la, memang kenyang sangat dan harganya pun ok.
Trima kasih sudi share tenpat menarik untuk disinggah!!