April 19, 2024

Menikmati Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand

Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand
Walaupun hanya seketika sahaja berada di bumi Phuket, Thailand. Bro tetap tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan matahari terbenam di Patong Beach, Phuket, Thailand.

Kepenatan seharian, tidak terasa bila dapat berehat dan bersantai menikmati pemandangan ini.

Yup, memang sekejab sahaja Bro berada disini, dimana ianya salah satu lokasi perhentian untuk Pelayaran Islamik yang terkini (25 – 28 Januari)

Jika berminat, anda boleh mendaftarkan diri bagi Pelayaran Islamik seterusnya pada 1 – 4 Februari 2015 dimana lokasi yang bakal anda kunjungi adalah Penang – Phuket & Krabi.

Lebih jauh berbanding dengan pelayaran Islamik yang baru Bro sertai ini.

Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand

Pemandangan Patong Beach dari leret bukit berdekatan.

Boleh dikatakan Patong Beach antara pantai yang tercantik dan menjadi tumpuan pelancong terutamanya pelancong dari luar.

Tetapi, dekat sini.. Anda pasti akan nampak banyak “penyu bertelur” dan “dugong”. Bak kata Ustaz Kazim Elias dalam tazkirah beliau selepas solat Subuh sebelum peserta Pelayaran Islamik turun di Phuket, Thailand.

Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand

Patong Beach is famous for its nightlife and 3.5 kilometres (2.2 mi) beach that runs the entire length of Patong’s west side. Nightlife is centered in two main areas, Bangla Road and the “Paradise Complex”, with Bangla Road being predominantly straight and Paradise Complex gay.

Both are lined with many bars, discotheques and go go bars. Prostitution in Thailand is illegal, but tolerated, as is the case in Patong. Some discos in Patong charge a 200 baht admission fee, but rather than being a cover charge, this is partly a drink minimum since you get a voucher for one drink and most clubs charge 150 baht for almost all drinks.

On December 26, 2004, Patong Beach along with many other areas along the west coast of Phuket and Thailand were struck by a tsunami caused by the 2004 Indian Ocean earthquake. The wave caused a great deal of destruction to the waterfront of the beach and immediately inland and many people were killed. Patong was one of the worst affected areas of Phuket, although the destruction was not as bad as nearby Khao Lak.

Patong has largely recovered since the tsunami. – WikiPedia –

Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand

Dekat tengah-tengah laut itulah kapal yang Bro naiki.

Disebabkan ianya tidak boleh berlabuh di tepi pantai, maka disediakan feri dari kapal untuk ke darat.

Waktu akhir untuk menaiki feri untuk pulang ke kapal adalah pukul 11 malam (10 malam waktu Thailand). Kalau tidak, tinggal la jawapannya.

Bro naik feri yang kedua last. Itupun dah nampak ada yang berlari-lari dekat pantai nak kejar feri. Dorang ingat ini feri yang terakhir.

Memang menarik phuket ini, next time nak spend masa dengan kenkawan yang kaki travel 2-3 hari disini.

Banyak kawasan yang manarik ada di Puket. Terdapat lebih kurang 56 masjid wujud disini dan populasi masyarakat Islamnya juga ramai, maka tiada isu untuk anda mencari makanan halal, cuma perlu berhati-hati je la.

Moga bertemu lagi :)

Bicara Bro : Terima kasih buat Pelayaran Islamik yang memberi peluang kepada Bro untuk mengikuti perjalanan program anda sehingga ke Phuket, Thailand.

Info lanjut anda boleh layari www.pelayaranislamik.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

7 thoughts on “Menikmati Matahari Terbenam Di Patong Beach Phuket Thailand

  1. Patong beach memang tempat tumpuan pelancong. kat area sini banyak terdapat hotel-hotel yang mewah dan pemandangan yang cantik. Kat sini juga terdapat banyak restoran halal. Peniaga pun ramai orang Melayu Patani dan juga Selatan Thai kat sini.

    Sebelah malam, agak happening kat area Bangla Road. Cuma kat area sini banyak pub la dan tak sesuai untuk kanak-kanak. TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *