Salah ke jika suami ambil alih tugas isteri sebagai suri rumah?
Mungkin nampak isu ini agak lucu. Tetapi ianya kenyataan, lebih-lebih lagi jika ianya menjadi bualan yang kurang enak didengar dari percakapan mulut orang lain.
“Eh, suami dia duduk rumah je ke? Tak kerja ke? Makan duit isteri ke?”
Kau dah kenapa?
Banyak beno persoalannya.
Ini mesti kes banyak tengok cerita sinetron Indonesia he..23x
Sejak bulan 7 tempoh hari, Bro banyak habiskan masa di rumah. Buat kerja pun dirumah & tidur pun dirumah juga.
Itu pun rezeki kadangkala ada, kadangkala tak ada. Biasa la tue, kerja bukan makan gaji (bukan ada orang tahu pun kan). Tau-tau je, tak lama lagi blogger yang buat duit dari blog bakal dikenakan GST.
Pendapatan pun cukup-cukup makan je pun. Hutang masih banyak menanti untuk dilunaskan. Belum lagi pihak bank call tiap-tiap bulan (banyak duit dorang, asik call je).
Tapi sejak ada anak,
Kos sara hidup memang meningkat, meningkat mendadak.
Tak boleh nak salahkan rezeki yang tuhan berikan ini (rezeki anak), dan tak boleh juga nak salahkan kerajaan (yang menarik subsidi minyak walaupun harga minyak dah turun, tetapi harga benda lain tak pernah nak turun-turun).
Tetapi sejak kelahiran Baby Fisha, rezeki Bro tidak pernah putus-putus. Adakah ini dinamakan rezeki anak?
Suami Jadi Suri Rumah
Sesi kemas barang (goodies bag sepanjang pergi event blogger) untuk dimasukan dalam stor. Walaupun sebulan sekali je buat benda ini.
Kalau ikutkan, tak susah pun nak jadi suri rumah ini.
TLDM kata orang – Tidur, Lepak dan Makan. Tapi betul ke suri rumah kerja dia tidur, lepak dan makan?
Tak susah pun jika lelaki jadi suri rumah.
Setakat kemas rumah, memasak, basuh baju, tengok tv. Rasanya tiada masalah pun, siap boleh bersosial lagi dilaman sosial – layan facebook, twitter & instagram.
Itu yang rasa pelik je, bila ada sesetengah suri rumah bagitau, dia tiada masa nak layan semua itu sebab busy dengan kerja dirumah. Kerja apakah yang buat dia sampai tak ada masa itu ek?
Rasanya bibik dari Indonesia juga ada masa layan semua benda itu walaupun tengah buat kerja. Tak percaya? Boleh tanya kak Red Mummy. Silap hari bulan, buat rumah kia macam rumah dia sendiri he…23x
Suami Jaga Anak Di Rumah
Bab jaga anak,
Bergantung juga pada orangnya. Macam Bro rasanya tak susah pun nak jaga Baby Fisha ini. Cuma waktu memula dulu agak kekok, sebab nak jaga baby girl agak berbeza dengan jaga baby boy.
Itu pasal kot, nampak Baby Fisha ini lasak sikit budaknya.
Jatuh pun tak menangis, takat budak besar sikit dari dia, jadi bahan buli dia je. Daddy dia pun dia pernah tampar, kalau dia kejut tak nak bangun atau buat-buat tidur he…23x
Semua tentang Baby Fisha, Bro ada tuliskan disini.
Tak susah pun nak jaga dia. Walaupun kadangkala Ummi dia asik merungut bila Baby Fisha buat perangai.
Ke sebab dia dengan daddy dia je buat perangai baik dan manja gitew he..23x Ok dah boleh cop dekat sini, Baby Fisha Anak Daddy. Ada bantahan x?
Cuma pepaham je la, bila kita jaga anak kecil ini. Agak susah sikit nak dekati diri dengan laptop dan kerja. Handphone pun kenkadang je dapat usha, itu pun kalau waktu itu dia tak berkenan dengan handphone kita.
Sukar Update Blog Sambil Jaga Anak
Rasanya perkara ini memang selalu dijadikan alasan oleh sesetengah blogger yang merasakan mereka agak sukar untuk update blog sambil jaga anak.
Bro tak nafikan.
Kadangkala, si anak lagi teruja duduk depan laptop sambil tekan-tekan koyboard berbanding dengan kita.
Mungkin sebab itu, kadangkala blog bro macam ke laut. Entah apa ke benda entah Bro tuliskan. Macam terabur, tak tersusun. Paling teruk, tulis blog pendek-pendek dan 2-3 hari blog tiada update.
Memang tak boleh nak lawan Blogger Hasrul Hassan dalam bab-bab macam ini.
Nak lawan dia, memang tak termampu. Anak lagi la ada beberapa orang + siap dah bersekolah. Lagi banyak kerenahnya.
Bro akui, beliau boleh dianggap sebagai suami yang menjadi suri rumah. Cuma, dia akui kadangkala dia pergi kedai beli lauk dekat sana (kantoi sudah)
Bagaimanapun penulisan blog beliau tidak pernah lari, tetap mantap dengan maklumat yang lengkap. Mungkin sebab itu dia layak digelar Sifu SEO Blogspot Malaysia.
Dan mungkin juga sebab beliau ada background sebagai seorang penyelidik kot. Itu pasal mantap je penulisan dia.
Bicara Bro : Awal tahun depan, Bro rasa Bro perlu juga berhijrah. Perlu cari pekerjaan yang mampu menjamin masa depan Bro dan keluarga.
Umur dah makin tua, tak guna ada pendidikan tinggi dan pengalaman kerja yang mantap jika tak mampu keluar dari ruang selesa ini. Kadangkala perlu juga mencabar kemampuan diri selagi termampu.
Ingat lagi zaman memuda,
dah nak masuk 2015 takde apa yang pelik lelaki jadi surirumah & bekerja dari rumah selagi tak terabai tanggungjawab pada family. Melainkan duduk rumah goyang kaki, makan pakai semua bini yang tanggung tu wajib la kena hina.. kekekeke
Ok, masih belum masuk fasa yang itu….
Walaupun duduk rumah goyang apa yang perlu, masih mampu isteri lagi. Walaupun kais pagi makan pagi. Kais petang, lepas maghrib kita makan.
Pada pendapat saya tak salah sekiranya suami boleh menampung nafkah isteri dan anak-anak… Maklumlah zaman sekarang ni banyak cara boleh huat duit… Tak semestinya kerja makan gaji, pergi kerja pukul 8 pagi, balik kerja pukul 5. petang
Yup betul itu, kadangkala yang kerja makan gaji, pergi kerja pukul 8 pagi, balik kerja pukul 5. petang belum tentu mampu nak tampung nafkah keluarga, hanya cukup-cukup makan je
ila dok umah pun jana pendapatan… dan kekadang pelik..dok umah tapi mcm serupa je mcm makan gaji dulu.. hutang piutang maintain bayar macam dulu.. yg mana ila bayar masa keja masih bayar masa dok “lepak” umah… tapi satulah kalau keja sendiri..hati mesti tertanya “camana ye income next month?” dan kita tak berani nak buat komitmen..maksudnya nak beli keta baru atau nak beli umah baru… tapi alhamdulilah bro dah setahun lebih.. alhamdulilah sangat.. entah mana datang rezeki yang allah beri nie.. tabahkanhati..insya allah…. allah tahu ..dia akan bagi bro rezeki anak2 nanti… dan anak sulung ila pernah cakap “eh mama nie ada duit ke banjer2 kitaorang nie, mama kan tak pegi opis lagi?”
mister mama kan :)
He…23x tak berkenan ke?
hmm.. tak pernah pun kata tak bagus. dan bukannya kau goyang kaki takde kerja 100%. tapi biasalah, pada pandangan orang, lelaki tu breadwinner. secara natural pun, selama-lamanya orang anggap begitu. kalau ak pun, kadang2 ade je rasa kurang senang tgk laki org melepak je.. dan LANGSUNG tak hirau pasal rumah.
tapi ok what, kau jaga anak kau sendiri. tak payah harap orang. jatuh bangun, sakit ke apa, semua kat tangan kau. kau laki bini pun senang hati. pasal rezeki, ak tak nampak kurang pun. u know what i mean.. hahaha PJK.
siapa yang cakap salah tu bro..meh bagi tau aku…hahaha..mungkin bro belum jumpa tune lagi nie…semas aaku mula-mula buat blog aku dulu..aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan untuk mengasuh anak aku..masa itulah aku naikkan blog aku..aku pun dapat rasa apa yang bro rasa..hu3
bagus apa suami jadi suri rumah, bukan nya duk saja kat umah.
tak salah pun bro. tak pelik pun. kalau bab jaga anak, lagi terjamin anak tue kan.
Takde salahnya…sbb mmg kerja rumah tugas suami… Skrg ni pun ramai lelaki bekerja dari rumah je…
ahai..tak salah boleh silakan dengan senang hati da[at pahala lagi.alhamdulillah.
ini isu persepsi masyarakat je beb..dah menjadi lumrah orang Melayu, suka beranggapan negatif dahulu sebelum melihat perkara sebenar. Kalau tak caya, cuba ajak buat bisnes, perkara pertama kedua dan ketiga, kompem perkara negatif.
Kalau kat luar negara, jadi blogger ni atau online consultant ni takde masalah..kekadang semua working hours adalah flexiable, budaya tu yang masih Malaysian tak dapat nak buat..sebab persepsi..itu je
Bagi aku ok je klu suami jadi suri rumah.. janji ada persefahaman bersama suami isteri & tak menyusahkan org lain. Aku pun disebabkan bnyk waktu terluang sblum ni yg jadi terpanggil utk menulis blog… lama2 jadi syok pulak. Sekurang2nya dpt juga dijadikan sbg sokongan kerjaya. Ada juga cita2 nak jadi blogger sepenuh masa tapi biarlah yg asas sekurang2nya dah terbela sbb dah berkeluarga kan…
Terfikir juga sesekali nak singgah rumah Bro atau kluar breakfast jap pagi2 klu free, tp waktu skrng ni pun tengah tak menentu sbb cuti sekolah kot… Apa pun, ttp mendoakan yg terbaik buat Bro… All the best Bro!!!
good luck bro…ala tak hilang macho la kalau buat keje rumah,msak jaga anak..lagipun itu memang tanggungjwb suami kan..hehehhe
Macho memang la tak hilang, cuma orang tak nampak je.. he..23x
Gua tak cerita perit masa awal blog gua nak naik, masa wife gua sarat mengandung … pastu dok tempat lain lak tu, walaupun taiping dengan parit buntar ni tak jauh mana, tapi perghh memang mencabar, hidup macam nomad, tapi blog gua update sampai 5-10 entri setiap hari. Masa tu dah nampak yellow light yang kontrak kerja gua akan habis dan tak niat nak sambung lagi, jadi gua guna blog sebagai sumber untuk dapatkan income, tak dapat banyak sikit pun dah ok.
Memang sukar nak jaga anak yang kecil..
Dah beso ni okaylah, dah masing2 pandai nak cari makan dan minum. Nanti gua cerita lain.
Hensem juga gua dalam blog lu ni ehh …
tak salah bro suami jadi suri rmh. sy ni sekejap jadi suri rumah, sekejap keje mkn gaji dan skrg blk jadi suri rumah plk sbb dah kena buang keje company xde projek. jadi skrg, tugas ambik isteri keje dan anak sekolah je la. dok planning buat bisnes online je kat umah.
Pada deno tak salah.. Okey selagi suami bagi nafkah kat isteri dan anak2 :)
tak pelik sekarang ni kalau tengok suami jadi suri rumah…tapi tu la…orang sekeliling suka fikir negatif…diorang bukan tahu pun suami yang jadi suri rumah ni buat apa…tahu nak bergosip je…kih3
Bagus juga apb lelaki jadi surirumah, biasanya orng lelaki paling lama pun jaga 1 jam dah menegleuh, inikan surirumah, tabik spring kat awak yer…
Terima kasih wak :)
saya surirumah yang buat semua. dari kerja rumah, jaga anak & menulis blog jugak aktif di laman sosial.. Tu tak termasuk lagi buat kerja extra kat online di belakang tabir.. masih boleh buat. Lagipun saya bukan jenis kuat tidur so masa tidur cuma malam.. siang penuh dengan aktiviti la.. hehehe.. lelaki jadi surirumah rasanya takkan sama macam perempuan jadi surirumah.. bergantung pada individu.. macam perempuan bekerja dia tetap akan jadi surirumah berbanding sesetengah lelaki yang bekerja.. memang tak ramai yg akan ambil alih tugas surirumah.. even lelaki jadi surirumah tetap di bantu isteri. maybe tu perbezaan suami sebagai surirumah & isteri sebagai surirumah