Blogilvy Nur Elfisha Bro Framestone
Salah ke jika suami ambil alih tugas isteri sebagai suri rumah?

Mungkin nampak isu ini agak lucu. Tetapi ianya kenyataan, lebih-lebih lagi jika ianya menjadi bualan yang kurang enak didengar dari percakapan mulut orang lain.

“Eh, suami dia duduk rumah je ke? Tak kerja ke? Makan duit isteri ke?”

Kau dah kenapa?

Banyak beno persoalannya.

Ini mesti kes banyak tengok cerita sinetron Indonesia he..23x

Sejak bulan 7 tempoh hari, Bro banyak habiskan masa di rumah. Buat kerja pun dirumah & tidur pun dirumah juga.

Itu pun rezeki kadangkala ada, kadangkala tak ada. Biasa la tue, kerja bukan makan gaji (bukan ada orang tahu pun kan). Tau-tau je, tak lama lagi blogger yang buat duit dari blog bakal dikenakan GST.

Pendapatan pun cukup-cukup makan je pun. Hutang masih banyak menanti untuk dilunaskan. Belum lagi pihak bank call tiap-tiap bulan (banyak duit dorang, asik call je).

Fisha Demam

Tapi sejak ada anak,

Kos sara hidup memang meningkat, meningkat mendadak.

Tak boleh nak salahkan rezeki yang tuhan berikan ini (rezeki anak), dan tak boleh juga nak salahkan kerajaan (yang menarik subsidi minyak walaupun harga minyak dah turun, tetapi harga benda lain tak pernah nak turun-turun).

Tetapi sejak kelahiran Baby Fisha, rezeki Bro tidak pernah putus-putus. Adakah ini dinamakan rezeki anak?

Suami Jadi Suri Rumah

Kemas Rumah

Sesi kemas barang (goodies bag sepanjang pergi event blogger) untuk dimasukan dalam stor. Walaupun sebulan sekali je buat benda ini.

Kalau ikutkan, tak susah pun nak jadi suri rumah ini.

TLDM kata orang – Tidur, Lepak dan Makan. Tapi betul ke suri rumah kerja dia tidur, lepak dan makan?

Tak susah pun jika lelaki jadi suri rumah.

Setakat kemas rumah, memasak, basuh baju, tengok tv. Rasanya tiada masalah pun, siap boleh bersosial lagi dilaman sosial – layan facebook, twitter & instagram.

Itu yang rasa pelik je, bila ada sesetengah suri rumah bagitau, dia tiada masa nak layan semua itu sebab busy dengan kerja dirumah. Kerja apakah yang buat dia sampai tak ada masa itu ek?

Rasanya bibik dari Indonesia juga ada masa layan semua benda itu walaupun tengah buat kerja. Tak percaya? Boleh tanya kak Red Mummy. Silap hari bulan, buat rumah kia macam rumah dia sendiri he…23x

Suami Jaga Anak Di Rumah

Happy Birthday Baby Fisha Berumur Setahun

Bab jaga anak,

Bergantung juga pada orangnya. Macam Bro rasanya tak susah pun nak jaga Baby Fisha ini. Cuma waktu memula dulu agak kekok, sebab nak jaga baby girl agak berbeza dengan jaga baby boy.

Itu pasal kot, nampak Baby Fisha ini lasak sikit budaknya.

Jatuh pun tak menangis, takat budak besar sikit dari dia, jadi bahan buli dia je. Daddy dia pun dia pernah tampar, kalau dia kejut tak nak bangun atau buat-buat tidur he…23x

Baby Fisha Masjid Universiti Teknologi Petronas

Semua tentang Baby Fisha, Bro ada tuliskan disini.

Tak susah pun nak jaga dia. Walaupun kadangkala Ummi dia asik merungut bila Baby Fisha buat perangai.

Ke sebab dia dengan daddy dia je buat perangai baik dan manja gitew he..23x Ok dah boleh cop dekat sini, Baby Fisha Anak Daddy. Ada bantahan x?

Cuma pepaham je la, bila kita jaga anak kecil ini. Agak susah sikit nak dekati diri dengan laptop dan kerja. Handphone pun kenkadang je dapat usha, itu pun kalau waktu itu dia tak berkenan dengan handphone kita.

Sukar Update Blog Sambil Jaga Anak

Rasanya perkara ini memang selalu dijadikan alasan oleh sesetengah blogger yang merasakan mereka agak sukar untuk update blog sambil jaga anak.

Bro tak nafikan.

Kadangkala, si anak lagi teruja duduk depan laptop sambil tekan-tekan koyboard berbanding dengan kita.

Parody Blogger Hasrul Hassan

Mungkin sebab itu, kadangkala blog bro macam ke laut. Entah apa ke benda entah Bro tuliskan. Macam terabur, tak tersusun. Paling teruk, tulis blog pendek-pendek dan 2-3 hari blog tiada update.

Memang tak boleh nak lawan Blogger Hasrul Hassan dalam bab-bab macam ini.

Nak lawan dia, memang tak termampu. Anak lagi la ada beberapa orang + siap dah bersekolah. Lagi banyak kerenahnya.

Bro akui, beliau boleh dianggap sebagai suami yang menjadi suri rumah. Cuma, dia akui kadangkala dia pergi kedai beli lauk dekat sana (kantoi sudah)

Bagaimanapun penulisan blog beliau tidak pernah lari, tetap mantap dengan maklumat yang lengkap. Mungkin sebab itu dia layak digelar Sifu SEO Blogspot Malaysia.

Dan mungkin juga sebab beliau ada background sebagai seorang penyelidik kot. Itu pasal mantap je penulisan dia.

Bicara Bro : Awal tahun depan, Bro rasa Bro perlu juga berhijrah. Perlu cari pekerjaan yang mampu menjamin masa depan Bro dan keluarga.

Umur dah makin tua, tak guna ada pendidikan tinggi dan pengalaman kerja yang mantap jika tak mampu keluar dari ruang selesa ini. Kadangkala perlu juga mencabar kemampuan diri selagi termampu.

Ingat lagi zaman memuda,