Malam pertama bermalam di Toledo Inn, Pulau Samosir sewaktu menghadiri majlis perasmian Festival Danau Toba 2014 baru-baru ini.
Perjalanan menaiki bot hampir sejam lebih ke Pulau Samosir yang betul-betul terletak di tengah-tengah tasik bekas tinggalan gunung berapi yang merupakan tasik terbesar di Asia Tenggara dan terdalam di dunia.
Waktu tiba disana, agak lewat setelah seharian menempuh perjalan dari Bandar Medan ke sini.
Kepenatan terubat tak kala melihat panaorama matahari terbenam ditiup bayu tasik yang nyaman menaiki bot yang disediakan untuk ke pulau.
Toledo Inn, Pulau Samosir, Danau Toba
Ketibaan kami di sini disambut oleh pekerja dan membawa semua tetamu ke ruang makan.
Rupanya bukan kami sahaja yang ada disini. Ada beberapa kumpulan juga turut hadir. Jika tak salah Bro, meja sebelah kami juga datang dari Malaysia melalui gaya percakapan.
Selepas makan, terus ambil kunci dan pergi ke kamar sendiri yang terletak tidak beberapa hujung.
Tetapi agak jauh juga untuk berjalan, kemudian mendaki tangga yang agak curam (kena naik dan turun tangga) baru sampai ke bilik kamar Bro.
Korang boleh nampak tangganya dalam gambar diatas.
Malangnya itu bukan kamar Bro. Kena jalan sedikit kemudian naik tangga lagi, then jalan sedikit. Belok baru jumpa kamar tempat penginapan Bro waktu itu.
Jika luggage anda diangkat oleh perkerja mereka.
Rasanya elok korang hulur la sedikit tanda perhargaan. Sini bukan ada lift….
Kamar di Toledo Inn
Biliknya agak luas jika teringin nak main kejar-kejar dalam bilik dan agak kurang perabot didalamnya.
Paling menarik, aircond tidak disediakan he…23x
So memalam, elok pakai baju tebal sedikit kerana suhu disini agak sejuk dan dingin. Memang sepanjang malam, Bro berselimut sahaja.
WiFi juga tidak disediakan..
So sepanjang malam nak tunggu siang, tengok tv je la. Nak keluar jumpa rakan-rakan media yang lain, risau mereka juga penat. Lagipun keesokan harinya kami akan meneruskan perjalanan yang agak jauh juga.
Seawal 6 pagi matahari dah terbit.
Baru nampak bertapa menariknya tempat ini. Dapat juga mengambil beberapa gambar sebelum check out.
Rasanya jika ingin datang ke sini, perlu buat tempahan awal (takut penuh). Kalau boleh luangkan masa yang lebih lama disini menikmati keindahan Danau Toba sambil tenangkan fikiran.
Bro banyak habiskan masa lepak diluar kamar.
Kerusi disediakan.
Sebab view dari luar kamar Bro agak menarik. Paling penting jauh dari rakan-rakan media yang lain.
Toledo Inn Tuk Tuk
Bro tak pasti berapa harga bilik kamar yang Bro duduki (kes tak sempat nak tanya).
Toledo Inn Hotel Samosir, Jalan Tuk Tuk, Samosir, Sumatra
Phone +62 (625) 41429 Fax +62 (625) 451094
Memang lawa abis ar tempat ni.. Sesuai untuk honeymoon tempat sejuk2 nih.. Ihiks! ;p
Rosmiza Ali Official Blog™
Kalau honeymoon, risau.. check in je esok la keluarnya…
Tapi malangnya tak de makanan halal dihidangkan kecuali waktu breakfast ataupun dinner (itu pun kena tempah awal)
Kalau x, kena jalan sikit ke pekan berdekatan
Ye ke? Camtu cancel lah.. Huhu..
Bestnya…teringat masa ke sana tapi menginap di Hotel Carolina..bangun pagi nampak Lake Toba terbentang luas…
He..23x tau xpe… Tapi pagi2 ramai yang tak bangun lagi kecuali yang kena check in awal
Suatu hari harap dapat bawa famili berjalan di nusantara.
Elok pakat2 pergi dalam kumpulan. Lebih jimat :)
saya pernah jejak kaki kat sana .. 2012 .heheh tpi kat vila samosir
Oh dekat je tue he…23x g tak ajak huhuhu
Heheh pergi trip celcom
lawa betuk senireka bangunan dia
paling best pemandangan persekitaran yang mendamaikan..untuk honeymoon sesuai kan bro…
Bersih betul tempat tu.. pasti segar & nyaman jugakkan… bestlah.. :)
saya pernah burn tiket air asia ke medan 2 tahun lepas… mmg nak pergi ke danau toba.. hmmm… rugi betul rasanya..
Teringin nak main kejar2 dalam hotel tu. Eh, kamarnya mas. Hahaha
sangat privasi dan enjoylah tempat ni, tepi tasik tu boleh memancing kot…
view cantik…. pasti tenang shj sepanjang berada di sini kan… :)
Cantiknya tempat nii.
Bali memang sentiasa mengamit hati dan perasaan.