Sepanjang hidup belum pernah terserempak dengan lipas dalam makanan yang dihidangkan sewaktu makan di restoran. Semalam merupakan pengalaman pertama.
Selamat perasan seperti ada sesuatu yang bergerak-gerak disebalik hidangan yang disajikan sewaktu singgah sebentar disalah satu restoran sewaktu dalam perjalanan dari Danau Toba ke Balige.
Bila diperhatikan betul-betul, ternampak sesungutnya bergerak-gerak.
Maka diperhatikan lagi bersama rakan yang lain. Wow hitam dan besar bangat “benda ini”.
Alamak…!!! Lipas…!!!!
Lipas dewasa warna kehitaman dan sudah boleh terbang.
Memang terbantut tiba-tiba nafsu nak makan. Tetapi kami teruskan makan terutama hidangan yang kami yakin ianya tidak dicemari oleh haiwan tersebut.
Mungkin pekerja kedai tak menyedari kewujudan lipas tersebut. Sepatutnya mereka perlu berhati-hati bila melibatkan pelancong dari luar negara.
Kecuali jika pelancong tersebut order hidangan lipas, baru boleh ada lipas he….23x (ada ke hidangan exotic seperti lipas dihidangkan disini)
Teman-teman difacebook mengatakan.
Jika termakan lipas itu, anggap saja anda sedang menikmati kriuk kriuk he..23x
Aiyaarrkkk..
Nak termuntah tengok..
huhuu cheq ni dah le penggeli dengan makhluk bernama lipas ni..
Baru tengok gambar… Cer tengok betul2 siap bergerak-gerak disebalik makanan kita.. Mahu trauma kot
Haha ada pulak org oder lipas
Ada je… Now ramai yang suka makan benda pelik-pelik
lipas tue adalah hidangan jugak ye..janganlah geli..makan je .. hihi
Amboi…. nak try ke?
Eeeeuuwwwww! Paling anti dgn lipas ni…
Oh baru tau Deqnoor anti dengan lipas.. Lagi anti dengan apa ek?
teringat peristiwa yang sama masa makan kat salah satu gerai tomyam di melawati. terus tak lapar. geli!
lipas tue tengah buat apa ek waktu tue ek?
erkk….kembang tekak. Lagi2 tengok gambar makhluk tu terbaring macam tu..
Kalau makhluk itu berbaring dalam posisi menggoda macam mane pula? he..23x
perghhhhh.. ini sangat intolerable,, yucksss
He…23x macam mane la rupa muja bila ternampak ek
Potong selera.
He..23x mana la tahu kot2 ada yang berselera kan he..23x
perghh..kalau saya memang tak makan teruss…
pengalaman yang semestinya sukar untuk dilupakan…
fuhh..
perisa tambahan tuh. haha
Aku yang tengah makan ni pun lepas baca entri ni terus hilang nafsu makan. Hadoi.. Ada ke orang makan lipas? Kriuk kriuk.. yerkk..
adehh kriuk kriukk ni sumpah tak boleh nak hadam kalau lepas dlm mulut pon..-..-
aduhhh boleh menjerit kalau i ada kat situ….fobia betul dengan lipas ni, sebab masa kecik2 dulu ada pengalaman pahit dgn lipas ni. heeee sampai sekarang teringat2 kaki lipas yg tajam tu …heeeee
Erkkkkk… lipas! Kalau deno dah menjerit kat situ
He..23x selamat bro bertindak cool je waktu itu
lipas jauh dr seberang ni…heee. kalau terkena, terus puasa jap. ada komplen kat restoran tu ke…
berkrim..nyum
haritu pun lipas kat kedai selamba dek masuk dalam air. Terus tak jadi minum sebab geli. Suruh makcik kedai ambik balik. Tapi kita wat muka leklek je, tak kecoh.ahahaha..