Sepanjang dijemput menjadi media sempena Lake Toba Festival 2014, kami menetap selama 3 hari 2 malam di Sere Nauli Hotel yang terletak di Laguboti, Sumatera Utara, Indonesia.
Lokasinya terletak lebih kurang 6 jam perjalanan dari Bandar Medan dan 15 minit ke pekan Balige yang merupakan lokasi tumpuan pelancong jika datang ke Danau Toba.
Selesa menginap disini dan kebanyakan aktiviti selama 3 hari ini dilakukan berdekatan.
Bro ditempatkan di Superior Room pada harga Rp 490,000 (lebih kurang dalam RM160) semalaman.
Terdapat 2 katil single,
Malangnya Bro yang tengah “single sekejab” ini duduk seorang sahaja di bilik.
Cuma sebelah malamnya, ada teman media yang menemani kerana ingin menumpang charge Hp, power bank dan juga laptop.
Ini kerana soket disini berbeza berbanding di Malaysia. Selamat Bro ada bawa plug yang sesuai digunakan dengan soket disini. Begitu juga dengan extantion untuk penggunaan maksimum.
Ini merupakan pemandangan dari tingkap bilik yang Bro diami.
Cantik pemandangannya, dimana terdapat sawah padi, ladang jagung dan boleh nampak matahari terbenam.
Belum lagi ternampak orang mandi si swimming pool.
Kami breakfast di Doria Restaurant di hotel ini.
Malangnya tak banyak pilihan yang anda, maka anda tidak hadapi masalah rambang mata dan pantas membuat keputusan (kalau tidak, anda pasti tidak tahu nak makan yang mana satu dulu)
Suasana breakfast disini agak selesa.
Nampak menarik mejanya.
Sewaktu breakfast anda boleh nampak pemandangan dan panorama sawah padi dan juga ladang jagung (sekiranya anda duduk berdekatan dengan tingkap).
Kebanyakan harga bilik disini dalam Rp 450,000 – Rp 550,000. Kecuali Suite Room dalam harga Rp 750,000 (lebih kurang RM250)
Sere Nauli Hotel Laguboti
Jl. Sisingamangaraja No.1 Laguboti – Toba Samosir
Sumatera Utara – Indonesia
Tel – (0632) 331003 @ 331188
Fax – (0632) 3314878
Email – serenaulihotel@yahoo.com
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Ada 2 katil pula disitu. Kalau bawa teman tentu seronok. :-)
Kalau dibenarkan bawa teman, memang akan dibawa. Sian isteri dan anak ditinggalkan di Malaysia
danau toba ni bekas gunung berapi kan bro
Yup, memang bekas gunung berapi. Tanahnya subur bangat. Tanam apa-apa pun semuanya hidup.
Tapi kalau tanam mayat, tak hidup-hidup.
Seronok juga kan dapat p melancong ke Indonesia. Dalam waktu terdekat ni nak p Bandung, lepas tu boleh la p Toba somasir.
Alhamdulillah, baru 2x ke sana… Jika berpeluang lagi, insya’lah akan pergi lagi
g sorang je..bergolek sakan la 2 katil tu..npe la xleh bw familiy..
Pergi as Media. Macam nie la, pergi buat koje.. Bukan pergi makan angin he…23x
Seronok bercuti ye. Parking dulu, nanti kalau nak kesana boleh baca.
Dah macam suasana di kedah pemandangan bendang dia…seronok berjalan tempat org nie
nampak macam sunyi dan menenangkan.. best nih kalau dtg nak tenangkan fikiran..lari sekejap dr masalah.. hahaha..
Cantik pemandangan tu bro..kaki shoot landscape confirm tak akan lepaskan peluang..
Seronoknya bro. Makin cantik Danau toba. Saya pergi dulu waktu kecik lagi, ke kampung batak. Waktu tu takut2 sebab ingat orang sana masih makan orang hehe..
macam best je tuh
hang gi sorang ke nih?
Pergi dengan team Media dari Malaysia.. 3 orang je… Yang lain Thailand, Jerman blah blah blah…. tapi setiap orang dapat satu bilik
Cantik la view die bro……..
santai hotel ni, keliling dengan sawah, berbaloi datang jaug-jauh, keadaan sawah jauh berbeza dgn tempat kita.
Indonesia memang banyak tempat menarik. Alhamdulillah cantik betul tempat tu