Bila ternampak seorang gadis, cantik, menawan dan nampak macam dia memberi respon positif.
Tergerak hati untuk mendekati dan mengenali dirinya. Malangnya mata terpaku sebentar. Bukan pada matanya, bukan pada senyuman yang terukir pada bibirnya, bukan pada lengang lenggok tubuh badannya.
Tetapi pada cincin yang ada pada jari manisnya.
Maka terpacul satu pertanyaan di minda. Adakah si dia sudah berpunya?
Perkara ini banyak kali kot terjadi pada Bro (satu ketika dulu la, sekarang pun iye juga).
Kebanyakan awek yang menarik, boleh dikatakan awek orang, tunang orang mahupun isteri orang. Siapa anak dah berderet lagi (tak pasti kahwin muda or awet muda)
Tetapi si empunya jari manis diatas, memang awet muda.
Bro pernah tanya dia kenapa pakai cincin pada jari manis. Nanti tak de pula yang berani nak ngorat.
Beliau senyum je.
Kata beliau,
Walaupun dia single, perkerjaan dia memerlukan dia berwaspada.
Situasi kerja dan tanggungjawabnya meletakan dia sebagai bunga dikalangan kumbang-kumbang veteran.
Bagi mematahkan semangat si kumbang, ada baiknya jika berjaya membuat mereka berhenti bertindak selepas melihat sesuatu pada jarinya. Dari membiarkan mereka membuka langkah yang seterusnya he..23x
Ayat lebih kurang macam itu la. Nak recall balik, cerita dah setahun berlalu.
Kira cerita basi la nie.
Ini pun si Iena Wahab yang buka cerita. Kalau tidak, tak teringat Bro pasal benda ini.
Inilah si Iena Wahab, baru nak aktif berblog balik. Ada masa singgah la blog dia.
Persoalannya disini,
Siapakah si pemilik jari manis yang bercincin dalam gambar diatas?
Adakah jawapan dia itu adalah yang sebenar-benarnya atau dimanipulasi untuk membuat Bro percaya?
Bro rasa, cincin itu bukan dia yang beli.
Pasti ada orang lain yang berikan. Fikir positive – mak dia kot atau…..!!!!
Biarkan ianya jadi rahsia.
Ehem ehem ter malu kejap iena
Hehe mmg lelaki mcm tu eyh
Pandang jari dlu ade cincin ke tidak ?
Haha jari sape tu bro?
Jari wife kan (^_~)
He..23x bukan jari wife
ya..ada masa masa memamg mau terjah blog dia..
jemput singgah :)
saye budak baru belajar (^_~)
hahahaha…entah…kalau Sally tak pakai pun…bukan sbb nak bgtau semua org sally single…tapi sebab mmg tak boleh pakai brg kemas..muahahaha…
tp selalu jugak tgk org yg berpunya mesti ada cincin..trade mark mgkn?
iena dah terbiasa pakai
sb cincin mak yg bg :)
selalunya memang yang pakai cincin tu tandanya dah berpunye..
btw, cantiknya bunga kat tudung Iena Wahab tu..hehe
tq mummy dina :)
deno tak suke pakai cincin… gelang.. or sebarang perhiasan tangan.. Just jam, yes itu je^^
iena pulak tak suka pakai jam :)
aksesori pakai bile perlu je if ade event (^_~)
cume cincin tu dah terbiasa pakai la sb pemberian ibu :)
Selalu terjah blog iena jadi slient reader hihihihi
cincin pemberian mak.. ahahha