Gambar sekitar persiapan majlis istiadat penghormatan penerimaan jasad tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Raptai diadakan untuk melihat pergerakan jenazah ketika tiba pada Jumaat ini.
Melalui raptai ini, pihak yang terlibat dapat melihat dari semua sudut yang perlu diperbaiki dan diperkemas untuk memastikan majlis istiadat penghormatan penerimaan jenazah berjalan lancar pada Jumaat ini.
Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 akan tiba pada Jumaat kira-kira 10 pagi dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam.
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat berkenaan yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.
Anggota tentera dilihat mengusung keranda dan bekas abu khas yang ditutup dengan jalur gemilang dari pintu kargo pesawat sebelum ditempatkan dalam van jenazah.
Seramai 300 anggota di bawah naungan 12 Briged Infantri Malaysia akan terlibat dalam istiadat penghormatan penerimaan jenazah.
Empat helikopter akan menerbangkan jenazah di Semenanjung Malaysia manakala dua pesawat Charlie disediakan untuk menerbangkan jenazah ke Sarawak.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, 22 jasad termasuk empat bekas berisi abu mayat mangsa dijangka dihantar pulang dari Amsterdam.
Senarai 20 jenazah yang akan diterima waris pada majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 :-
- Mastura Mustafa – Anak Kapal
- Ahmad Hakimi Hanapi -Kru teknikal
- Hamfazlin Sham Mohamed Arifin -Anak kapal
- Nur Shazana Mohamed Salleh-Anak kapal
- Dora Shahila Kassim – Anak Kapal
- Foo Ming Lee-penumpang
- Karamjit Singh Karnail Sigh -penumpang
- Ng Qing Zheng – penumpang
- Mabel Anthony Samy – penumpang
- Paul Rajasingam/Sivagnanam-penumpang
- Elisabeth Ng Lyeti – penumpang
- Lee Hui Pin-Anak kapal
- Angeline Premila Rajandaran -Anak kapal
- Ariza Ghazalee-penumpang
- Muhammad Afif Tambi -penumpang
- Noor Rahimmah Mohd Nor -penumpang
- Chong Yee Pheng -Anak kapal
- Azrina Yakob-Anak kapal
- Mohd Ali Mohd Salim-penumpang
- Hasni Hardi Parlan -penumpang
Bicara Bro : Salah satu jenazah yang dibawa pulang merupakan suami kepada kawan isteri Bro. Moga majlis ini berjalan lancar, dan semua rakyat Malaysia termasuk mangsa-mangsa yang lain dapat dibawa pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.
Paling penting, pihak yang bertanggungjawab dengan tragedi ini dibawa ke muka pengadilan untuk menerima hukuman yang setimpalnya.
Semoga semua urusan berjalan lancar.
Ahli keluarga mangsa dah lama menunggu
Sedihhh! memang itula yang dirasai bila tengok kapal terbang termasuklah istiadat jugak tiupan samboyan di TV3, sebak sangat rasa.
Walau tak mengenali mereka tetapi tetap mendoakan mereka
Al Fatihah dan salam takziah…..
Sudah tentu famili mangsa ingin melihat jasad di semadikan di Malaysia dan bertanda.
Moga waris mangsa kuat dan tabah hendakNYA.
Yt terfikir. Y not gov bagi hari tu sbg hari cuti. Ya at least semua kita dpt tgk upacara ni berlangsung. Yt sah2 x dapat tengok sebab kat office tak ada tv. Huu.
Btw, semoga segala urusan ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
Susah nak cakap pasal benda ini.
Try tweet dekat Perdana Menteri kita he…23x
Takziah utk mereka semua……
Al-Fatihah buat arwah
Semoga semuanya berjalan lancar..berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..
takziah kepada semua waris tragedi MH17…semoga semuanya berjalan lancar nanti…Amin
sayu hati melihatnya….moga kita insaf dunia ini hanya sementara…huhu