April 29, 2025

Lebih Hadiah Didedahkan Untuk Anda Menangi Contest #Freewhodowan Dari Canon PIXMA

freewhodowan 2nd phase
Tempoh hari, Bro ada promote tentang contest #Freewhodowan yang sedang berlangsung. Ramai yang sertakan Hashtag #Freewhodowan dalam perkongsian dilaman sosial mereka.
Kenapa?

Kerana mereka ingin memenangi hadiah menarik yang ditawarkan oleh Canon PIXMA.

Tak kan anda tak nak menang hadiah seperti mereka?

Apa yang anda perlu buat?

  1. Follow mereka di Twitter, @freewhodowan untuk maklumat terkini.
  2. Tonton ketiga-tiga video dari “The Ming Thing”:
    1. Cheer Auditions: http://www.youtube.com/watch?v=15NvVHRfX00
    2. Conversations with Dad: http://www.youtube.com/watch?v=C2Xmkg3HRp0
    3. You Know What I Want: http://www.youtube.com/watch?v=qna-DZQYWzM
  3. Kongsikan pengalaman terbaik atau terburuk anda berkaitan dengan jurujual. Jangan lupa sertakan sekali hashtag #freewhodowan.
  4. Bila jumlah hastag menjejaki angka target, hadiah akan didedahkan dan juga siapa yang Berjaya mendedahkannya. Mungkin anda, anda, anda ataupun Bro sendiri.

Peringatan

Pastikan anda sertakan hashtag sekiranya berkongsi tentang kontest ini di Facebook, Instagram & Twitter- #freewhodowan

Pastikan post anda berkaitan dengan pengalaman terbaik atau terburuk anda berkaitan dengan jurujual.

Hadiah Yang Ditawarkan

Sebenarnya contest #freewhodowan telah memasuki fasa kedua.

Dan Bro dapati, hadiah yang ditawarkan untuk fasa kedua ini berbeza sangat dengan hadiah yang ditawarkan pada fasa pertama tempoh hari.

Buat masa sekarang, baru 2 angka target berjaya dibuka, dan ini adalah hadiah yang ditawarkan :-

12,400

  • 1 x PIXMA E Series E400
  • 1 x IXUS 145

13,510

  • 1 x PIXMA E Series E510
  • 2 x PG88 + CL98 Ink Cartridges
  • 5 x GP-601 Glossy Paper 4×6 (30pcs)
  • 5 x GP-601 Glossy Paper A4 (20pcs)

freewhodowan 2nd phase 1

Tinggal lagi beberapa angka target yang perlu anda buka dengan hanya menyertakan hashtag #freewhodowan setiap kali anda berkongsi di laman sosial.

Antara angka target yang masih tinggal : 14,560 , 15,400 and 15,160 – pada setiap angka hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih.

freewhodowan 2nd phase 2
Setiap kali angka target dibuka, anda akan diberikan cabaran untuk melayakan anda memenangi hadiah yang ditawarkan.

Cabaran bagi angka target – 12,400 : Mesti membawa ibubapa sewaktu mengambil hadiah anda. Dan ianya telah dimenangi oleh sammicyc

Bagi cabaran angka target 13,510 : Anda perlu hasilkan sorakan Canon paling kreatif dan perlu disertakan dengan hashtag #freewhodowan

Bagaimana Kempen Ini Berjalan

  1. Anda hanya perlu sertakan hashtag #freewhodowan pada laman social anda (Facebook, Twitter, Instagram).
  2. Pada Microsite akan dipaparkan angka jumlah hashtag yang dikumpulkan. Jumlah yang terkumpul pada jumlah tertentu akan memboleh hadiah yang berbeza didedahkan.
  3. Jumlah Hashtag yang akan mendedahkan hadiah : – 12,400 , 13,510 , 14,560 , 15,400 and 15,160 – pada setiap angka hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih.
  4. Segala maklumat tentang kempen ini boleh anda dapati di microsite: www.freewhodowan.com
  5. Mereka yang berjaya, akan menghadapi satu cabaran. Sekiranya beliau mampu selesaikannya, dia akan diumumkan sebagai pemenang.
  6. Penganjur akan menghubungi pemenang untuk mendapatkan maklumat (nama, No. IC, Nombor telefon dan alamat penghantara).
  7. Pemenang perlu bertanggungjawab dengan maklumat yang diberikan, penganjur akan menghantar hadiah kepada pengedar Canon berdekatan anda untuk anda ambil.

Selamat mencuba.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Lebih Hadiah Didedahkan Untuk Anda Menangi Contest #Freewhodowan Dari Canon PIXMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *