Blogger disaman RM1 juta atas penulisan kisah peribadinya dilaman blog.
Baru-baru ini heboh di laman sosial media (facebook, twitter, blog etc) mengenai satu kolej yang bertindak menyaman seorang blogger sekiranya beliau tidak menarik balik artikel dari laman blognya sebelum 18 Mac ini.
Artikel tersebut dikatakan mampu menjatuhkan imej kolej tersebut.
Malangnya tindakan dari pihak kolej tersebut agak keterlaluan dimana mereka hanya menghantar email berbau ugutan dan kencaman sekiranya pemilik blog tersebut tidak menarik balik artikel tersebut.
Artikel tersebut (jika tak salah Bro) telah ditulis pada tahun 2012.
Ianya mengenai pengalaman adik kepada blogger tersebut yang merasakan tertipu atau teraniaya oleh ajen atau mungkin juga wakil dari kolej tersebut.
Bila Bro baca balik, tiada satu ayat pun yang ditujukan kepada pihak kolej tersebut. Tetapi lebih ditujukan kepada wakil atau agen yang dipertanggungjawabkan untuk mencari pelajar memasuki kolej tersebut.
Rasanya,
Jika perbuatan blogger ini menjatuhkan maruah kolej tersebut. Wakil atau agen tersebut lagi teruk dan terang-terang memburukan dan mencalar imej kolej tersebut dengan tindakan beliau.
Apa kata saman dorang dari saman blogger.
Lagi-lagi blogger yang menulis kisah peribadi beliau dan bukannya blogger yang menulis artikel untuk kepentingan peribadi mahupun ada kaitan dengan pihak pesaing.
Untuk penerangan lebih jelas tentang kes ini, apa kata anda baca di blog Azri Johan.
Bicara Bro : Terjumpa gambar sewaktu convo degree satu ketika dulu.
Walaupun Bro belajar di IPTS, tetapi semua rakan-rakan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Tiada nampak yang gelap masa depan kalau tak masuk IPTA seperti yang diperkatakan oleh Encik Z di blog yang bakal disaman.
tindakan mereka sangat tidak patut dan nampak sangat tak professional :|
moga dapat diselesaikan dengan baik..
pnh ada pengalaman camni tp agen tu nk lari mane pun ttp dpt sy kejar. report tribunal br dorg nk pulang blk wang pndftrn sbb nk benti. sblm tu liat. ingat umo 18 umo budak2 sume xreti kita buat. mule2 tataw psl MQA, setelah siasat rupenye MQA xlulus lg utk jlnkn kursus yg dh berjalan tu. kolej swasta nk msk kene siasat gak. alhamdulillah. sume pengalaman & Allah permudahkan.
Kebanyakkan kolej swasta memang suka menabur janji pada lepasan sekolah..sebagai parent saya menerima banyak call dari ejen mengenai kolej mereka…sebaiknya kita mesti dan perlu menyemak detail kolej berkenaan. Memang dorang cakap ada joint dgn IPTA dan sijilnya diiktiraf…sehingga skrg pun saya masih ada lagi menerima call dorang. FYI wang pendaftaran yg dikenakan adalah di luar kotak pemikiran kita, seandainya kita dah daftar dan cancel untuk mendapatkan kembalu adalah agak leceh..terus terang cakap saya memang tidak percaya dgn pujuk rayu untuk masuk ke IPTS….
Blogger juga blh buat laporan polis atas sebab ugutan..blh juga rujuk isu tersebut kpd peguam utk meminta pandangan drp segi undang2 pulak..lepas nie kena berhati2 apabila menulis entry pasal pengalaman buruk yg melibatkan syarikat/institusi dSB..
Assalamualaikum,
di indonesia, seorang wanita telah disaman oleh sebuah hospital swasta apabila emailnya menceritakan pengalaman buruk di hospital tersebut tersebar. dia dijatuhi hukuman penjara dan denda puluhan ribu (RM), tetapi kuasa media sosial telah membebaskannya.
masih ego tul… boikot je lah diorang tu..
dorang yang malukan kolej dorang sendiri ta sedar lagi -_-
sy pun pernah terkena dgn ipts yg menipu..dah la sijil x diiktiraf,utang blaja pun kena byr bertahun2
macam-macamlah diorang ni..huhu
nasihat aku, padam aje artikel tu.
Habis cerita.
Padam artikel, tak bermakan blogger tu salah atau dicop sebagai pengecut.
sepatutnya saman agen tu…haishh ni la orang-orang yang berlagak pandai
Cengkong muka hang bro ! Hehehe.
Bab kes ini. Tak payah nak letak minyak. Hehehe
pergh..senang2 jer nk saman blogger..
issshhhhh…. geram ni… geram ni… nasib gambar tu ok.. terus cool… hehehe
wah.. sesedap oren nak sama..
Diharap kedua-dua pihak dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian, supaya boleh berdamai secara baik…
Itulah kan Bro risau jugak takut perkonsian kita akan jadi satu isu besar.
nama kolej ni pun tak pernah dengar…huhu…
Isu sebegini berikan pengalaman kepada kita semua….lepas nie kena ambil tahu jugak la pasal hak dan undang-undang yang melibatkan hak bersuara
tak pernah dengar pon nama kolej ni…