December 3, 2024

Tercalon Bagi Blogrrr Awards : Best Personal Blog

Blogrrr_Awards

Terkejut bila mendapat khabaran bahawa blog Broframestone.com tercalon bagi Blogrrr Awards : Best Personal Blog.

Jika sebelum ini, Bro salah seorang blogger yang anti kenapa mana-mana pertandingan yang memerlukan blogger menagih undian untuk tersenarai dalam mana-mana blogger awards.

Tetapi kali ini, tidak bagi bro.

Blogrrr Awards Best Personal BlogNiat asal, hanya ingin calonkan diri dan sokong event ini tanpa meletak apa-apa harapan.

Lagipun event ini dalam cubaan mencipta rekod baru ‘The Malaysia Book of Records’ untuk Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia. Insya’lah

Anugerah blogrrr 2013 akan disampaikan kepada penulis-penulis blog terbaik di Malaysia.

Terdapat 10 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Best Blogshop, Best IT & Gadget Blog, Best Art & Photography Blog, Best Entertainment Blog, Best Food & Travel Blog, Best Sports Blog, Best Fashion & Beauty Blog, Best Family & Health Blog, Best Automotive Blog dan Best Personal Blog.

Termasuk satu anugerah bagi Best Of Disablity Blog.

Jika lihat pada calon bagi kategori yang Bro bertanding iaitu Best Personal Blog, semuanya bukan calang-calang. Terasa kekedilan Bro.

Calon-calonnya

1- Bro Framestone

Tiada apa-apa yang istimewa baginya.

Baru bergelar ayah kenapa puteri sulungnya Nur Elfisha dan setahun sudah berumah tangga. Blog sejak tahun 2006.

2- Ben Ashaari

Rasanya ramai blogger yang mengenali beliau. Bro kenali beliau pada penghujung tahun 2010 (jika xsalah Bro) sebab baru bertegur dan selalu lepak bersama.

Antara rakan blogger yang rajin Whatsapp Bro. Antara blogger yang banyak tahu pasal kisah bro dulu-dulu. Tapi gua syak, blog dia lebih layak bertanding dalam kategori Best Family & Health Blog. Ini gambar yang diambil bersama pada tahun 2011, berat Bro baru turun time nie, tengah sakit…..

Denaihati YanmieOnline

3- Denaihati

Rasanya ramai juga yang mengenali blogger ini sampai ke negara jiran. Bro kenali beliau secara rapat pada bulan puasa tahun 2011 sewaktu berbuka puasa di Selangor Royal Club (if xsalah bro) atas undangan arwah blogger Jai Ramli.

Alhamdulillah banyak yang beliau telah kongsikan bersama blogger dan Bro salah seorang yang selalu beri sokongan kepada beliau. Paling layak menang kategori Blogger of The Year.

4- Cik Epal

Yang ini, sure lagi ramai kot yag kenal. Blogger retis model etc (lagi ape ek?). Bro mengenali beliau sebelum beliau mengguna nama “Cik Epal” antara pengunjung yang rajin datang dan mengomen di blog bro pada tahun 2008 kot.

Rasanya blog dia ada harapan untuk menang Blogrrr Awards : Best Personal Blog

Irine Nadia

5- Irine Nadia

Blogger yang selalu dijadikan idola dan role model bagi sesetengah blogger dan remaja wanita. Itu memang Bro akui, dan isteri Bro juga meminati beliau (ops…!!)

Alhamdulillah, Bro berkenalan dengan beliau sewaktu beliau dibangku sekolah. Antara pembaca setia blog bro waktu itu (2008-2009 kot). Beliau suka mengusik Bro suruh kahwin cepat. Tau-tau dia yang berkahwin dulu. Alhamdulillah.

Beliau juga mempunyai harapan yang tinggi untuk menang Blogrrr Awards : Best Personal Blog

Pssstt…. Awat Bro tak jumpa pic Bro masa wedding dia ek? Pelik bin Ajaib. Ke….. Bro terlupa nk upload he..23x (faktor usia)

Bicara Bro : Menang kalah adat bertanding. All da best kepada semua yang tercalon.

Ada rezeki insya’lah kita akan berjumpa nanti di Perhimpunan Blogger Terbesar di Malaysia Blogrrr: Blogger Most Wanted pada 14 Disember 2013, MIECC, Mines

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

24 thoughts on “Tercalon Bagi Blogrrr Awards : Best Personal Blog

  1. Tahniah bro sebab tercalon… Saya tak dapat nak mengagak siapa yang akan menang category ini, memandangkan semua calon yang tersenarai hebat-hebat belaka… Good luck…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *