April 25, 2024

Paintball Cyberjaya Park – Lokasi Terbaik Jika Baru Berjinak Dengan Sukan Paintball

blogger bermain paintball cyberjaya park

Jika anda baru berjinak-jinak dengan sukan paintball, apa kata luangkan masa bersama rakan-rakan datang ke Paintball Cyberjaya Park yang terletak berdekatan dengan MMU, Cyberjaya.

Perjalanan 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya MEX pasti berbaloi bagi anda yang inginkan aktiviti seharian dengan rakan yang menyukai sukan extreme ini.

Disini terdapat beberapa field yang boleh anda cuba.

peta lokasi paintball cyberjaya park

Terdapat 5 field ditawarkan kepada anda di Paintball Cyberjaya Park.

  • Field 1 – Yang biasa korang tengok tue.
  • Field 2 – Urban Assault
  • Field 3 (Hamburger Hill)
  • Field 4 (Sahara)
  • Field 5 (Gua Musang)

Bro hanya mencuba Field 1 & 2 sahaja. Nak pergi field lain macam tak puas sebab berapa kerat je kami nie semua. Penat Bro roger dekat facebook, tapi tak ramai yang bagi respon positif.

Baru-baru ini,

Bro bersama beberapa rakan blogger meluangkan masa bersama di sini.

Malangnya Bro tidak filter siapakah dorang yang sebenarnya sebelum mengajak bermain paintball. Masing-masing menyimpan taring + kuku. Tau-tau je, masing-masing ada equipment memasing.

Alamak, ini bukan calang-calang orang.

Tak apa, tujuannya bukan nak buat tournament, sekadar main suka-suka je.

perang-paintball-blogger-cyberjaya

Team dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Team Champion (semua laki & bapak orang je dalam nie) dan Team Sub-Marine (ramai yang dasyat dan bujang dalam team ini)

Tengok pic pun dah boleh agak kan team mana yang boleh menang.

Cakap banyak tak guna la. Nak sembang, jom masuk field la (kalau berani) – kata si pemarak api membara menyebabkan semua yang join nie tak buat warming-up dan terus main.

Siapa la tue ek (habis lenguh-lenguh satu badan nie)

blogger-beraksi-cyberjaya-paintball-park

Ini pula gambar sewaktu blogger beraksi bermain paintball. Semua skill ada punya, yang cakap tak pernah main pun dah gaya macam pro dah.

Siot je, gambar Bro xde T-T

Nak buat macam mana, Bro bukannya star dalam sukan paintball nie dan……………… Maybe sebab Bro pandai cover sampaikan orang tak boleh nak ambil gambar + marking Bro he…23x

aksi-top-blogger-cyberjaya-paintball-park

Ok, yang ini baru ada gambar Bro beraksi, boleh sesiapa detect yang mana satu adalah Bro?

4 game yang amat memuaskan bagi kami semua. Bukan senang dapat main santai-santai macam nie. Bro selalu main pun sebab ada tournament je (tue bukan budak2 yang baru nak berjinak-jinak main).

Paintball Hafiz Rahim Bro Framestone

Aksi star keluar field.

Ada nampak tak kesan kami kena tembak? Tak de kan he..23x star la tue.

Baru ingat, kenapa gambar Bro tiada orang tangkapkan. Sebab bro tengah menirap dalam lopak air waktu di field ini. Memang balik, kena bebel dengan wife.

pakej paintball cyberjaya parkBukan selalu dapat berkubang macam nie.

Jika anda ingin datang dan meluangkan masa di sini, elok benar anda buat tempahan.

Sebab selalunya hujung minggu ada beberapa kumpulan berkumpul disini untuk bermain paintball.

Terdapat beberapa pakej yang anda boleh anda pilih.

Bagi yang baru nak berjinak dan nak main puas-puas. Elok ambil pakej Pack500 pada harga RM90.

Ianya termasuk pakej basic (Maker set + mask + HPA + field access) + 500 pallets (peluru jika korang tak tahu apa itu pallets)

Jika ada blogger yang rasa macam nak try test power bermain paintball dengan Bro dan blogger lain. Prepare je duit dan plan nak main macam mana.

Then jemput la Bro uuntuk turut serta. Insya’lah Bro akan join, kalau bukan sebagai peserta maybe penonton (jika korang star sangat la kan).

Untuk maklumat lanjut, korang boleh like dan usha dekat facebook mereka ini.

Lokasi :

Cyberjaya Paintball Park, @ Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (berhadapan Universiti Multimedia),
Jalan Kelab Off Persiaran Semarak Api,
63000 Cyberjaya, Selangor Malaysia.

Search “Cyberjaya Paintball Park” jika anda menggunakan Waze.
peta lokasi paintball cyberjaya park
Antara Blogger yang turut hadir (ikut siapa yang sampai dulu ek – ada sesiapa nak bangkang?)

  1. Bro Framestone (paling awal)
  2. Ayue Jer (sebab dia naik satu kereta dengan Bro)
  3. Hafiz Rahim
  4. Papa Blogger (azmi)
  5. Abang Zahari (paling otai)
  6. Fazrol (boleh pula mamat nie bangun lewat sejam)
  7. Ben Ashaari
  8. Ammar Yasir
  9. Ladfe Amir
  10. Anarm
  11. Faizal Fedley

Kredit beberapa gambar buat Anarm :)

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

30 thoughts on “Paintball Cyberjaya Park – Lokasi Terbaik Jika Baru Berjinak Dengan Sukan Paintball

    1. Jom la turun ini kali la…. Lepak bersama rakan blogger yang lain…

      Baju kena kesan marker? Ada 2 orang je kot juru kamera, yang lain main paintball sampai x sedar yang dorang x ambil gambar masa main.

  1. game yang gua selalu main dulu..tapi sekarang dah kurang..

    kalau tak kerana gua gi kum2013..gua nak gak turun main sama..

    tak apalah..kalau nak repeat..jangan lupa ajak gua aa.. haha..

Leave a Reply to Que Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *