Coway telah melancarkan Pusat Pengalaman Coway (Coway Experience Centre) yang pertama di dunia baru-baru ini yang terletak di Wisma UOA II di Jalan Pinang, di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.
Pusat Pengalaman Coway ini akan memberi para pengguna pengalaman yang menarik ke arah menyempurnakan kehidupan mereka dengan produk dan perkhidmatan inovatif Coway yang dapat membawa air dan udara bersih, serta tidur berkualiti dan meningkatkan pembersihan diri dalam tandas.
“Pembukaan Pusat Pengalaman Coway adalah sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun Ke-15 Coway Malaysia! Setakat ini, lebih tujuh juta rakyat Malaysia hidup lebih indah dengan penyelesaian Coway, termasuk penulen air, penulen udara, kelengkapan bilik mandi, penapis air luar rumah dan tilam.
Pembukaan pusat ini merupakan salah satu cara kami menunjukkan penghargaan kepada pelanggan kami dan masyarakat Malaysia atas sokongan berterusan anda semua selama ini,” – Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
Majlis pembukaan yang bersejarah ini dirasmikan oleh Pengarah Urusan Coway Malaysia Encik Kyle Choi, dan pihak pengurusan kanan Pasukan Jualan dan Pasukan Cody Coway.
Coway mengalu-alukan orang awam untuk mengunjungi Pusat Pengalaman Coway untuk lebih memahami produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Coway.
Pusat Pengalaman Coway mempunyai zon Kehidupan (Living Care), yang mengetengahkan pelbagai produk untuk bilik tidur dan bilik air. Antaranya termasuk tilam mewah, dan juga kelengkapan bilik air seperti bidet dan pelembut air Coway.
Sementara itu, zon Air (Water Care) dan zon Udara (Air Care) memperlihatkan persekitaran futuristik yang membolehkan pengunjung memahami dan mengalami nilai yang ditawarkan oleh penulen air dan penulen udara inovatif Coway.
Para pengunjung juga boleh memahami mercu jaya yang dicapai oleh Coway di Malaysia dan maklumat lebih lanjut tentang perkhidmatan cemerlang Coway Malaysia yang diberikan dengan rapi oleh pasukan Coway Ladies (yang lebih dikenali sebagai Codys), Coway Technicians, Homecare Technicians dan juga Health Planners.
Sejajar Coway sentiasa menekankan, produk yang hebat seharusnya diiringi dengan perkhidmatan yang cemerlang.
Untuk menambah baik pengalaman keseluruhan pengunjung, pelbagai ciri interaktif disediakan seperti kuiz, galeri foto digital, dan juga peta Malaysia yang memaparkan kawasan kampung yang disokong oleh Happy Water Project (HWP) – inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Coway dan banyak lagi stesen menarik untuk membawakan pengalaman yang ceria dan menyeronokkan.
Ruang pameran ini juga mempamerkan Warisan Jenama dan perjalanan Coway Malaysia sejak Coway bertapak di negara ini pada 2006, termasuk pelbagai anugerah dan pencapaiannya. Coway ditubuhkan pada 1989 di Korea Selatan dan telah melangkah maju menjadi sebuah jenama antarabangsa; dengan anak syarikat di Amerika Syarikat, China, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Malaysia.
Pusat Pengalaman Coway terbuka kepada orang awam mengikut prosedur operasi piawai (SOP) yang ketat dari Isnin hingga Jumaat (10 pagi hingga 8 malam) dan hari Sabtu (10 pagi hingga 3 petang). Pusat ini ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.
Maklumat lanjut mengenai Pusat Pengalaman Coway dan juga Coway boleh didapati di www.coway.com.my dan www.facebook.com/CowayMalaysia