Minyak Dagu menjadi filem pembukaan tahun 2013 untuk kategori filem seram arahan Azahari Zain.
Beliau sebelum ini pernah hadir dengan filem-filem seram seperti Santau, Mantra, Flat 3A dan Keramat mampu menyampaikan sesuatu diluar imaginasi anda.
Filem ini turut dibarisi oleh Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar yang berjaya menjiwai watak sehinggakan Bro sendiri rasa nak mengamuk je tengok lakonan mereka.
Babak yang mana? Korang saksikan nanti untuk merasai sendiri babak lakonan mereka.
Sinopsis Filem Minyak Dagu
Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang tidak berpuas hati dengan bekas tunangnya Emelda, yang kembali semula kepada kekasih lamanya, Johan.
Perkara ini memberi tekanan jiwa kepada Azman yang juga tengah menghadapi masalah dengan prestasi kerjaya. Beliau mengesyaki Johan telah menggunakan minyak dagu untuk merampas Emelda dari beliau.
Keadaan Emelda parah selepas beliau dinikahkan dengan Johan. Beliau seperti dirasuk dan seperti orang kurang siuman. Beliau sentiasa mencari Azman apabila tersedar. Ini menyebabkan Johan mengamuk dan merantai Emelda di rumah.
Bagaimana pun keluarga Azman pula diganggu oleh lembaga perempuan tersebut.
Keadaan menjadi semakin teruk bila si pengguna minyak dagu ini terlanggar pantang menyebabkan penjaga minyak dagu inginkan darah si pengguna dan orang yang dia sayang.
Antara pantang-pantang yang perlu diamalkan oleh si pengguna adalah:-
- Jangan sesekali membawa minyak dagu ke dalam rumah sendiri.
- Jangan menyeberangi sungai atau laut
- Jangan menziarahi kematian.
Satu satu dari pantang ini telah dilanggar oleh si pengguna menyebabkan keadaan Emelda makin parah dan untuk meredakan keadaan, beliau perlu mendapatkan kembali minyak dagu yang beliau tanam di depan rumah. Malangnya minyak dagu tersebut tiada di situ.
Apakah yang bakal terjadi kepada Emelda? Dan siapakah si pengguna Minyak Dagu tersebut?
Sama-sama kita saksikan di pawagam berhampiran anda pada 3 januari 2013.
Trailer Filem Minyak Dagu
Pendapat Bro Framestone Mengenai Filem Minyak Dagu
Seperti hasil karya Azahari Zain sebelum ini. Filem Minyak Dagu agak menarik untuk ditonton sebagai filem bergrence seram. Kandungan didalamnya agak terkawal dan tidak keterlaluan.
Tujuaan asal filem ini untuk mengetengahkan satu kepercayaan iaitu menggunakan minyak dagu untuk membuat perempuan yang disukai tergila-gilakan si pengamalnya.
Bagaimana pun plot dihujung cerita agak kurang menarik dan tidak mampu memuaskan hati penonton. Mungkin perlu pilih plot yang selebih sesuai untuk dijadikan klimak kepada filem ini.
Apa-apa pun filem ini mampu buat beberapa orang dalam pawagam semalam melatah terkejut.
Bicara Bro : Walaupun amalan ini kurafat, tetapi masih ramai yang mempercayainya dan menggunakannya untuk tujuan yang tidak baik terutama untuk membalas dendam sekiranya cinta mereka tidak berbalas.
Maka berhati-hatilah perempuan diluar sana sekiranya ingin menolak cinta dari lelaki lain.
semalam dah tg treller movie nih..
oklah lain dari yg lain..
mengharapkan agar cerita ini mendapat ikribar
kepada mereka yang gemar mempercayai kurafat…
Apa kata try tgk wayang terus, baru best.
wah… bestnya dapat tengok wayang.. agaknya bila bro free boleh ajak dkna tengok wayang heheeee
Nak tengok berdua or berempat?
Bro pun masih tak sempat nak tengok wayang dengan wife nie T-T
Waaah, takutnyaaa kalau kena minyak dagu.
He..23x Kalau mu kena apa jadi ek? Ada harapan nak kurus x?
Rasanya kena tengok kat wayang sekali ni
macam best jer sinopsis yang bro kasi tu, xsabar eh nak tengok
Sinopsis bukan copy paste punye. Bro tulis dari apa yg bro tgk.
Kalau Minyak Dagu mesti dikaitkan dengan Minyak Pengasih. Kalau ayat power tak payahlah guna secara haram.
Kebanyakan yang guna minyak dagu sebab nak balas dendam je. Kalau ayat power, sebab itu la awek orang pergi dekat kita.
Ngeri arh tengok filem ni…
Tonton la filem ini sambil tutup muka dengan tangan
layan jugak la movie ni bro…banyak kali terkejut je bila si HANTU tu muncul..hee~
tapi ending dia mcm kureng sikit la kan bro…
Terkejut ek, sian dia :)
fizo omar jd baik ke jahat? oppss..takyah bgtau. nanti spoil.
fizo omar jadi suami emelda he..23x ok spoil x?
assalamualaikum bro…macam best jer cite ni…:)
berani ke bro tengok hantu tu? heee… :p
Deq Noor teman dekat sebelah, terus tak rasa takut sebab Deq Noor boleh ceritakan balik apa yang terjadi time bro tutup mata.
Ingatkan dah habis filem genre ala2x seram nie…nampak menarik tapi arap2x MIG TEAM dapat cari topik lain untuk difilemkan
Mereka dah lama xkeluarkan cerita seram.
Lagipun karya Azahari Zain setiap tahun tampil dengan karya seramnya. Satu karya seram untuk satu tahun.
cis.. melepas nak tengok..hahaha..
tapi nampak macam seram je make up nya.. hehe
Apa lagi. Jom layan movie nie beb. Seminggu ditayangkan dah kutip lebih 1 juta ringgit