Makluman kepada pengguna LRT,
Terdapat sedikit perubahan waktu operasi LRT bagi laluan Kelana Jaya sehingga 9 Disember 2012.
Bermula Sabtu ini, perkhidmatan LRT Kelana Jaya akan bermula lewat dan berakhir lebih cepat susulan kerja-kerja menaik taraf pada perkakasan sistem kawalan automatik tren.
Perkhidmatan LRT di laluan ini akan menamatkan operasi pada 11 malam dan menyambung semula pada 8 pagi keesokannya.
Bagi menampung keperluan penumpang pada Ahad, RapidKL akan menyediakan perkhidmatan bas percuma di lima laluan dari stesen terpilih menuju ke pusat bandar raya selama dua jam dari 6 pagi.
Laluan bas berkenaan ialah dari :-
- Stesen Kelana Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
- Stesen Asia Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek.
- Stesen Gombak ke KLCC melalui Taman Melati, Wangsa Maju dan Setiawangsa.
- Stesen Wangsa Maju ke KLCC melalui Setiawangsa, Jelatek dan Dato’ Keramat.
- Stesen Setiawangsa ke KLCC melalui Jelatek dan Dato’ Keramat.
Perubahan perkhidmatan LRT ini hanya pada hujung minggu.
Kredit : Mstar Online.
Bicara Bro : Bro pengguna tegar LRT laluan Kelana Jaya pada hujung minggu.
Diharap tiada yang merunggut bla LRT lambat beroperasi. Dan tiada yang kena tidur dekat stesyen LRT sebab LRT dah tamat operasi awal.
Teringat member yang terpaksa tidur di KL Sentral sebab terlepas LRT terakhir.
la sian la bg mereka yg kene p keje awal pagi
Ini baca ke x nie?
sy bc la.sabtu ahad pon ada je org keje kan.
Kan dah mention mereka sediakan alternative lain pengangkutan dari stesyen tertentu..
Sudah lama tidak naik LRT sejak tinggal diluar lembah Kelang ini.
Dah pernah ke bawa askar2 mu naik LRT?
Pernah bawa pergi ke KLCC dari stesemn Setia Wangsa. :-)
sek baik bukan hari keje
Selalu naik LRT pukul berapa ek?
nasib baik aku naik lrt..
nasib baik x naik lrt dah.. hehehe (berlagak betul) ;)
kat putrajaya ada ERL jer bro itu pon dah lama tak naik :)